Gambar yang dimuat naik Lim menyebabkan wartawan Utusan Malaysia dikritik hebat penyokong DAP...Sial Betul Tokong Ni

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bertindak memadamkan gambar wartawan Utusan Malaysia dari laman sosial Twitter miliknya, setelah menerima aduan daripada wartawan terbabit.
Selasa lalu, Lim memuat naik gambar berserta status berbunyi: “Liar! Utusan’s Mohd Firdaus at my Pg PC yday RT@malaysiakini: Minister blames DAP 4press ranking.”
Lim memuat naik gambar dan status berkenaan, setelah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa kerajaan negeri yang diterajui DAP itu, bertindak menyekat wartawan akhbar milik UMNO itu membuat liputan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Wartawan Utusan Pulau Pinang, Mohd Firdaus Ismail bagaimanapun mendakwa catatan itu menyebabkan dia dikritik hebat penyokong DAP yang menyasarkannya, melalui akaun Facebook Lim yang mempunyai pautan dengan Twitter.

 Status yang dimuat naik Lim itu turut ditweet semula beberapa pemimpin lain.
Mohd Firdaus mendakwa, keadaan itu menyebabkan dia mengalami banyak gangguan dan meminta Lim memadamkan gambar berkenaan pada akhir sidang media hari ini.
“Sebagai warga Pulau Pinang, saya rasa itu adalah hak mutlak Ketua Menteri untuk memastikan tiada seorang pun yang menjadi mangsa Utusan yang didakwa menyiarkan berita tidak berpihak kepadanya.

“Saya berdepan banyak tekanan dan ia amat memalukan, setelah membaca semua komen yang dibuat terhadap saya, selepas Ketua Menteri memuat naik gambar saya,” katanya.

Lim kemudiannya memadamkan gambar Mohd Firdaus daripada Twitternya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana