Di Mana Pas Selangor Ketika Serahan Memo Di Pejabat MBPJ

Petaling Jaya – Parti PAS yang diwakili oleh beberapa ahli Parlimennya hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada Dato Bandar Majlis Perbandaran Petaling Jaya mengenai  penganjuran ” OktoberFest ” yang bakal berlangsung di parking utama One utama minggu ini.
memo pas 2
Di dalam memorandum yang dihantar kepada MBPJ itu, hanya ustaz Nasruddin Hassan yang menjadi jurucakap kumpulan, Ahli Parlimen Kuala Nerus YB Dr Khairuddin Aman Razali serta Ahli Parlimen Pasir Mas Yb Nik Abduh yang hadir bersama beberapa penyokong parti .

Ustaz Nasruddin hassan ketika menyerahkan memorandum berkenaaan berkata tindakan MBPJ mengeluarkan permit permit keapda penganjuran majlis berkenaan seolah-olah mencabar sensetiviti khususnya umat islam di Malaysia. ianya juga bercanggah dengan budaya serta tata susila rakyat Malaysia.

memorandum berkenaan diterima oleh Datin Paduka Alinah Ahmad selaku datuk Bandar Majlis Perbandaran Petaling Jaya di pejabatnya petang 8/10/2014.

mengeluas perkara berkenaan, Datuk bandar MBPJ berkata pihaknya memang telah menerima permohonan berkenaan tetapi belum meluluskan penganjuran program berkenaan.

“Permohonan itu masih belum lagi kami jawab dan masih menunggu kelulusan dari pihak Kastam dan PDRM”

selepas menerima kelulusan dari dua pihak berkenaan barulah kami proses dan mungkin jika saya perlu rujuk kepada Kerajaan Negeri kita akan rujuk kepada kerajaan negeri katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana