DAP PARTI PALING ISLAMIK DI MALAYSIA?

Namanya sedap, Jamila Rahim atau lebih dikenali dengan nama Melati Rahim. Berusia 22 tahun, Melati, seorang wanita berpurdah yang juga seorang aktivis, baru menyertai DAP.

Geleng-geleng kepala admin baca kenyataannya di portal yang akrab dengan pembangkang, Free Malaysia Today. Melati kata, DAP menjunjung prinsip keadilan yang digariskan Islam.

Tak kisahlah kalau hendak masuk parti mana pun, tapi agak-agaklah kalau hendak memuji DAP sehingga mahu menggambarkan parti cauivinis itu lebih islamik dari parti lain. Mungkin Melati patut jawab soalan-soalan mudah ini terlebih dahulu.

• Tahukah Melati, pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham pernah menguji kesabaran umat Islam secara terbuka mendesak lima negeri meminda Enakmen Pentadbiran Agama Islam berhubung penukaran agama atau murtad?.

• Tahukah Melati, pemimpin DAP, Nga Kor Ming pernah mempersoalkan kenapa peruntukan untuk pembinaan masjid lebih besar daripada peruntukan rumah ibadat lain?

• Tahukah Melati pemimpin DAP, Hannah Yeoh pernah masuk campur dalam hal ehwal agama Islam apabila secara terbuka mengkritik badan berkuasa agama seperti JAIS yang menguatkuasakan enakmen agama di Selangor?

• Tahukah Melati bahawa pemimpin DAP jugalah yang bermati-matian menolak undang-undang Islam ditegakkan di bumi Malaysia walau apa sekalipun sehingga ada pemimpinnya berkata "langkah mayat kami dahulu"

Tahukah Melati bahawa taiko DAP, Lim Guan Eng adalah pemimpin pertama yang mula membakar sentimen agama dengan mendesak kerajaan benarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam di Semenanjung?

• Tahukah Melati bahawa pemimpin DAPpernah secara terbuka mempersoalkan bantahan umat islam terhadap filem meghina Nabi Muhammad sebagai membuang masa?

• Tahukah Melati bahawa pemimpin DAP seperti Ngeh Koo Ham pernah masuk campur meminta semua umat Islam di negara ini menghormati umat Islam yang mahu murtad?

Setakat ini, cukuplah admin tanya soalan-soalan ini terlebih dahulu tanpa perlu mengungkit cerita-cerita lama DAP sejak zaman sebelum merdeka. Admin mahu tanya, inikah ciri-ciri "Islamik" pada DAP yang Melati hendak agung-agungkan?

Lucu bila Melati tanya soalan "Nyatakan kepada saya siapa ahli parlimen di dalam DAP yang memakai kereta mewah selepas menjadi wakil rakyat?"

Wahai Melati, anda kenal Nga Kor Ming? Ahli Parlimen Taiping (DAP) itu bukan sahaja punya 3 biji kereta mewah, malah memiliki rumah bak mahligai ala White House. Anda tahu rumah dia saja bernilai RM3 juta walaupun sebelum ini beliau hanya seorang peguam dan baru beberapa penggal menjadi wakil rakyat. Hebat kan?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana