Bumiputera Tidak Boleh Salahkan Kaum Lain Jika Gagal Kuasai Ekonomi – Dr Mahathir

MELAKA, 1 Okt – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kaum Bumiputera tidak boleh menyalahkan kerajaan dan kaum lain sekiranya sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera dalam ekonomi negara menjelang tahun 2020 tidak tercapai.

Beliau berkata mereka perlu menyalahkan diri sendiri kerana tidak mempertingkat daya usaha bagi memajukan diri.

“Kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan mengharapkan mereka mengurangkan usaha demi kepentingan kita, sebaliknya kita kena betulkan diri dan berusaha lebih daripada kaum-kaum lain untuk berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab pada Ceramah Perdana Bersama Pemikir Ulung Negara anjuran Gabungan Persatuan Pesara-Pesara Melaka di sini, hari ini. Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Dr Mahathir berkata kaum Bumiputera telah diberikan banyak kelebihan daripada kerajaan khususnya dalam sektor ekonomi namun tidak digunakan dengan baik.

“Sebagai contoh, kerajaan pernah memberikan projek pembinaan kelas-kelas komputer di sekolah kepada kontraktor Melayu tetapi mereka menjual projek itu kepada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata konsep berkongsi kuasa politik dan ekonomi yang diasaskan pemimpin terdahulu mampu terus menjamin kemakmuran dan keharmonian kaum di negara ini.

Sebaliknya, katanya tindakan berlumba-lumba menguasai kesemua bidang oleh sesuatu kaum mampu menggugat kestabilan dan ketenteraman dengan tindakan rusuhan berikutan perasaan terasing dan tertindas oleh kaum lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana