Bajet 'Lucu' PR Undang Kemarahan MP Pembangkang...Annuar Musa Kaw Kaw Belasah PR

KUALA LUMPUR 13 Okt - Tan Sri Annuar Musa yang mendedahkan kewujudan pertentangan dan retorik dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2015 jadi sasaran ahli-ahli parlimen pembangkang yang ‘panas telinga’ mendengar hujah ahli parlimen Ketereh itu.

Beliau beberapa kali diganggu ahli parlimen PAS Shah Alam dan Sepang, Khalid Samad dan Hanipa Maidin yang cuba mempertikai hujah Annuar yang berpendapat belanjawan PR penuh kelucuan selain contradict.

Turut bangun menganggu perbahasan beliau ahli parlimen PKR Kuala Langat Abdullah Sani Abdul Hamid.

Pertikaman lidah antara mereka menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia beberapa kali menegur ahli-ahli  parlimen terbabit supaya berhujah secara berhemah.

Menurut Annuar beliau mengupas Belanjawan PR kerana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhujah sebelumnya membentangkan belanjawan pembangkang yang didakwanya terbaik.

“Bila kerajaan bentang (bajet).. pembangkang komen, bila pembangkang bentang, biarlah kami pula yg komen. (Ahli parlimen pembangkang) kena belajar dengar teguran dan kritikan kerana ini sebahagian melengkapkan proses demokrasi,” katanya.

Beliau merujuk tindakan ahli-ahli parlimen pembangkang yang melenting mendengar hujah dan kritikan pedas beliau mengenai belanjawan pembangkang dan cara parti PAS, PKR dan DAP berpolitik yang mementingkan parti masing-masing sahaja.

Annuar turut menyentuh perebutan kuasa ‘ganas’ di Selangor yang menyebabkan Menteri Besar terdahulu disingkirkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana