ANWAR Beranggg.....LENSA persoal sampai bila rakyat diheret ke jalanan

SHAH ALAM: NGO belia yang pro-Pakatan Rakyat, Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) hari ini mengejutkan arena politik apabila tiba-tiba mendesak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara daripada politik.

Gesaan berkenaan disuarakan oleh Koordinator Pusatnya, Ekhsan Bukharee ekoran keputusan perbicaraan Anwar bersabit Kes Liwat II yang akan diputuskan hujung bulan ini.

Dalam satu kenyataan, Ekhsan berkata, walaupun Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah melancarkan kempen 'Rakyat Hakim Negara' sebagai solidariti terhadap ketua pembangkang itu dalam menghadapi keputusan yang bakal diputuskan Mahkamah Rayuan Putrajaya, beliau mempertikaikan sampai bila rakyat akan diheret ke jalanan.

"Setiap kali Datuk Seri akan disumbat ke dalam penjara, maka setiap kali itulah rakyat akan diheret ke jalan raya.

"Datuk seri, sampai bila rakyat akan terus terheret dalam semua ini? Berhimpun, berkumpul, bersorak melaung-laungkan nama datuk seri.

"Sampai bila datuk seri ingin melihat rakyat berpanas, berkeringat di bawah panas matahari, hanya kerana bersolidariti bersama datuk seri," ujarnya.

Ekhsan menambah, sekiranya mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dilepaskan, maka akan ada episod baru yang dirancang oleh musuh politiknya bagi memastikan Anwar terus lenyap.

"Andai kata Liwat II ini berakhir dengan kemenangan berpihak kepada datuk seri, maka mungkin akan hadir pula Liwat III, LIwat IV, Liwat V yang akhirnya akan menyebabkan rakyat menjadi mangsa, terus terheret dalam kancah politik kotor," katanya dalam kenyataan berkenaan.

Malah, Ekhsan mengesahkan LENSA tidak akan turut bersama menyatakan solidariti kepada Ketua Umum PKR itu kerana tidak terikat bagi memperjuangkan pemimpin itu semata-mata.

"Ini bukan lagi tahun 1998 atau 1999. Kami memiliki jalan perjuangan tersendiri.

"Apa yang amat kami harapkan ialah, demi rakyat, datuk seri bersaralah, berhijrahlah.

"Reformasi 98/99 tidak mungkin berulang. Mungkin sudah tiba masanya, datuk seri ambil masa untuk kehidupan peribadi datuk seri, setelah dari muda sehingga tua, satuk seri sia-siakan dengan perjuangan yang akhirnya membawa datuk seri ke penjara," katanya.  

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana