Ulama PAS : Puak Anwarinas Rancang 'Tikam' Hadi Awang

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Dewan Ulama PAS mendedahkan wujud perancangan sedang dillakukan dari beberapa pemimpin tertinggi parti itu untuk 'menikam' Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, kumpulan 'Anwarinas' ini menggunakan beberapa platform secara terbuka bertujuan menjatuhkan krelibiliti Abdul Hadi setelah menolak cadangan PKR menamakan isterinya sebagai Menteri Besar Selangor.

"Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif.

"Usah dikira serangan di Facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu Menteri Besar Selangor sebagai kenyataan peribadi," kata beliau yang disiarkan menerusi laman Facebooknya.

Beliau turut menegaskan, tindakan puak 'Anwarinas' ini menjadi punca berlakunya perpecahan dalam parti.

Khairuddin juga mempersolkan sejauhmana kumpulan ini memperjuangkan al-Quran dan sunnah.

Isu ini mula ditimbulkan apabila Presiden PAS mencadangkan agar diwujudkan 'Kerajaan Perpaduan' yang berkonsepkan kerajaan tanpa pembangkang.

Cadangan Abdul Hadi telah dikecam beberapa pimpinan PAS pro Anwar.

Ianya diperkukuhkan lagi dengan kenyataan bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato Dr Hassan Ali yang mendedahkan wujud kumpulan 'Parasit PAS' yang didakwanya merancang untuk menjatuhkan pemimpin ulama' dalam parti tersebut.

Dalam pada itu, Mohd. Khairuddin mempersoalkan fitnah yang cuba dimainkan kelompok berkenaan berikutan tuduhan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa kononnya ada institusi tertentu dalam parti berkenaan dikuasai UMNO.

"Tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan kononnya ada institusi tertentu telah dikuasai oleh UMNO. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini," soal Ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana