Ulama PAS Perlu Keluar Dari 'Kepompong Bosan' - Mat Sabu

KUALA LUMPUR 15 Sept - Timbalan presiden PAS Mat Sabu menggesa kumpulan ulama parti untuk keluar dari kepompong yang disifatkannya sebagai 'retorik bosan' dan menaiktaraf kepada kepimpinan yang lebih relevan.

Beliau yang dipetik daripada Malaysiakini berkata, rakyat teah mula bosan dengan retori Islam yang dibawa parti itu selama ini dan sudah tiba gerakan reformasi dilakukan untuk mengubah perjuangan PAS.

Baliau yang memberi contoh kekaburan sokongan kepada pemimpin Iran perlu diteladani PAS dan tiba masa perubahan seperti Presiden Indonesia Joko Widodo digerakkan.

Saya hargai Ayatollah Khomeini (Iran), Syed Hossein Nasrullah (Lubnan), Ho Chin Minh kerana menyatupadukan Vietnam menentang AS, Fidel Castro kerana menyatupadukan Cuba, Mother Teresa kerana layak untuk Hadiah Nobel.

“Ini tidak bermakna saya mengikuti agama mereka.

“Saya orang Islam dahulu. Saya hormati ulama tetapi ulama harus bertindak relevan dengan zaman dan tidak membiarkan umat Islam mencari eskapisme lain kerana mereka bosan dengan retorik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana