Tun M : Anwar Punca PAS Berpecah...Ambil Kau Bang Non

PUTRAJAYA 21 Sept - Kemelut antara golongan ulama dan profesional yang melanda Pas harus diambil pengajaran oleh parti itu kerana ia hasil kerjasama mereka dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar akan sentiasa menimbulkan masalah terhadap mana-mana pihak yang bekerjasama dengannya ekoran agenda politik peribadinya.

"Ini (masalah) adalah hasil kerjasama dengan Datuk Seri Anwar, sesiapa yang bekerjasama dengan dia akan hadapi masalah kerana dia suka memecahbelahkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas pergolakan yang berlaku dalam parti kedua terbesar orang Melayu itu yang jelas kelihatan pada Muktamar Pas ke-60 di Johor baru-baru ini.

"Penyokong-penyokong dia pun dia pecah belah...dia punya sejarah memang seperti itu. Dia masuk Umno dia bawa masalah, dia buat Pakatan dia buat masalah," katanya.

Katanya perkara itu sewajarnya menjadi pengajaran kepada Pas. Terdahulu, Dr Mahathir menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Rowing dan Perahu Panjang 'Head of Putrajaya 2014' di Kompleks Sukan Air di sini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana