Solat Berimamkan Muhyiddin Di Pengkalan Kubor Tidak Sah?ALahaiiii....Pembangkang ni

Timbalan kepada Najib, Muhyiddin Yassin dilaporkan semalam mengimamkan sembahyang Zuhur di Masjid Kubor dalam rangka lawatan sehari melawat kawasan ini.

Persoalannya sekarang, apakah sah sembahyang yang diimamkan Muhyiddin itu memandangkan dia bukanlah terdiri dari seorang yang alim selain banyak dosa.

Imam sembahyang ni bukan boleh buat main - main, sebab itu aku difahamkan tak semua orang layak menjadi imam kerana tanggungjawab yang besar, maklum sajalah memimpin  ramai orang menghadap Tuhan.

Dimana berdosanya Muhyiddin ini bukanlah susah sangat nak dicari. Selain dia itu kepala nombor dua dalam parti segala kejahatan di Malaysia iaitu UMNO, salah seorang anak perempuannya juga menjadi penyanyi!!!

Dunia artis ni macam yang kita semua tahu bergelumang dengan dosa dan maksiat tapi itulah juga dunianya yang diceburi anak Muhyiddin - yang jadi Imam sembahyang kejap tadi di Pengkalan Kubor.

Selain itu, ada juga pandangan pakar Islam yang aku temui mengatakan, orang yang jadi Imam ini mestilah bersih dari segala dosa dan banyak pahalanya.  Kalau anak pun jadi penyanyi akan bergelumang maksiat ,  tidak bertudung dan sebagainya, banyaklah dosanya tu, mana boleh jadi imam!!

Baru dosa yang anaknya buat kita sebut ni, belum dosa Muhyiddin lagi.  Kalau dihimpun, mahu 3 kali ganda KLIA tinggi.

Aku ingat lebih baik semua orang yang sembahyang di belakang Muhyiddin tadi, sembahyang semula. Sembahyang anda berimamkan Muhyiddin tu tak sah kerana Muhyiddin ni banyak dosa orangnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana