SIAPA S. AMBIGA YANG NAK PERSOALKAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA?

Penaung Negaraku, S. Ambiga marah dengan tindakan kerajaan yang mendakwa ramai pemimpin pembangkang ditangkap termasuk ahli Majlis Peguam dan didakwa di bawah Akta Hasutan.

Disebabkan itu, S. Ambiga mempersoalkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi jika peguam juga tidak dibenarkan menyatakan pendapat mereka dengan bebas.

Ini merujuk kepada tindakan kerajaan yang mendakwa peguam Edmund Bon dengan menggunakan Akta Hasutan.

S.Ambiga mendakwa demokrasi apakah yang Putrajaya laung dan katakan jika peguam tidak boleh memberi pendapat mereka?

Kemarahan S. Ambiga memuncak apabila secara lantang terus menuduh kerajaan mengenakan seseorang pemimpin dengan Akta Hasutan.

"Putrajaya melayan rakyat biasa dengan teruk, dan orang-orang ini bukanlah penjenayah. Pada pandangan saya, tiada satu pun tuduhan hasutan perlu dibangkitkan."

Ambiga, yang merupakan penaung Negaraku berkata, Putrajaya berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara polis berikutan siasatan berkaitan hasutan terhadap Bon sambil menambah pentadbiran sudah semakin tidak munasabah.

"Saya menyeru semua yang mempunyai akses kepada pentadbiran untuk menasihati mereka agar berfikir dengan berhati-hati apa yang mereka lakukan kepada negara yang kita semua kasihi ini," katanya.

Semalam, Bon menjadi individu terbaru yang disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengatakan orang bukan Islam tidak tertakluk kepada fatwa atau Mahkamah Syariah.

Beliau menyertai beberapa ahli politik pembangkang, seorang profesor undang-undang, portal berita Malaysiakini dan seorang wartawan, dan juga dua pendakwah Islam yang turut sama didakwa atau sedang disiasat di bawah Akta 1948.

Bon dalam sebuah rencana yang disiarkan pada awal tahun ini berkata: "Dikri dan fatwa tidak boleh digunakan terhadap orang bukan Islam kerana mereka melanggar hak-hak undang-undang dan agama mereka."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana