Penyelia Dipenjara Setahun Kerana Hina Aidilfitri...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR 9 Sept - Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap seorang penyelia tapak pembinaan kerana menulis komen yang menyinggung mengenai sambutan Aidilfitri di akaun Facebook.

Chow Mun Fai, 36, mengaku bersalah kerana menulis komen yang menghina umat Islam mengenai Ramadan, lapor The Star.

Tertuduh mengaku menggunakan laman media sosial untuk membuat komen itu untuk menyakitkan hati orang lain.

Walaupun tertuduh didakwa mengikut Akta Hasutan 1948, dia mengaku bersalah atas tuduhan alternatif mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

The Star melaporkan Chow, yang berbaju kemeja-T warna merah jambu dan seluar jeans kelihatan menangis ketika bercakap dengan ibunya sebelum prosiding mahkamah bermula.

Tertuduh bagaimanapun nampak tenang selepas kira-kira-kira 2 jam kemudian ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya mohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh.

“Mahkamah perlu menunjukkan tidak ada kompromi kepada mana-mana pihak yang percaya mereka boleh menimbulkan kemarahan dengan menyentuh sensitiviti agama, atas nama kebebasan bersuara,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana