Pensyarah UM Azmi Sharom Akan Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

Kuala Lumpur – Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaya, Prof Dr Azmi Sharom akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Hasutan esok, lapor Malay Mail Online.

Azmi akan didakwa berhubung satu artikel yang disiarkan dalam portal berita yang sama pada 14 Ogos lalu berkaitan krisis menteri besar Selangor.

Malay Mail Online dalam laporannya memetik Polis Dang Wangi berkata Azmi akan didakwa Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.

Sementara The Malaysian Insider pula melaporkan Azmi mengesahkan telah menerima panggilan telefon meminta beliau ke mahkamah esok.

“Saya terima panggilan minta saya hadir. Tidak ada surat tentang itu,” Azmi dipetiks ebagai berkata oleh The Malaysian Insider.

Minggu lepas, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Delima, RSN Rayer didakwa di mahkamah di bawah akta yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana