PELAJAR UITM SHAH ALAM MAUT DILANGGAR KERETA DALAM KAMPUS

 Seorang pelajar UiTM Shah Alam maut dikatakan dirempuh oleh sebuah kereta Volkswagen Passat yang dinaiki oleh pensyarah universiti terbabit ketika dalam perjalanan balik dari kelas petang tadi.

Mangsa, Fatin Farah Faraddia , merupakan seorang pelajar Fakulti Sukan di Universiti berkenaan.

Kejadian terjadi di berdekatan dengan Fakulti Sains Sukan Dan Rekreasi, UiTM Shah Alam. Dikatakan juga jalan di kawasan tersebut sememangnya sedikit berbahaya.

Al-Fatihah kepada arwah dan kepada semua yang mengenalinya, tabahkan hati anda. Benar kata orang, maut tidak mengenal tempat.

Update : Mangsa merupakan seorang penuntut berusia 20 tahun UiTM Shah Alam. Kejadian berlaku pada 5.30 petang setelah mangsa baru selesai menghadiri kuliah di kampus berkenaan.

Ketika kejadian, mangsa sedang berjalan bersama rakannya sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang pensyarah wanita. Mangsa meninggal dunia 7.30 malam selepas dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang sejurus kejadian dipercayai akibat pendarahan dalaman.

Menurut sumber, pensyarah yang terlibat dikatakan mempunyai masalah kesihatan, menyebabkan beliau pengsan dan tertekan minyak sebelum merempuh mangsa. Bagaimanapun kejadian ini masih lagi dalam siasatan pihak polis.

Solat jenazah akan diadakan selepas bedah siasat yang dijangka selesai pada jam 11.00 pagi di surau Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Selepas itu akan terus dibawa pulang untuk dikebumikan di Dungun, Terangganu. Kepada yang berkelapangan dijemput untuk bersama-sama di surau HTAR esok.

Berikutan peristiwa tersebut, pihak UiTM telah menyediakan sebuah bas bagi rakan-rakan arwah untuk ke kampung halaman arwah yang akan bertolak awal pagi esok. Semoga segala urusan dipermudahkan.


Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana