PAS BUAT MAGIK LAGI... RUPA-RUPANYA BUKAN NAMA AZMIN ALI, TAPI NAMA TIGA ADUN PAS YANG JADI EXCO SEBAGAI CALON MB SELANGOR!!!

Laporan awal menyatakan PAS menghantar nama Wan Azizah dan Azmin Ali. Rupa-rupanya itu hanyalah wayang semata-mata kerana PAS juga mempunyai nafsu. Pecah berita, yang kemudian cuba dinafikan oleh Mustafa Ali kerana bimbang dimarahi atau didehemkan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, bahawa PAS sebenarnya menghantar nama tiga orang ADUNnya yang juga merupakan Exco Negeri Selangor!

PAS sekali lagi menimbulkan 'kegemparan' sekaligus melebarkan lagi jurang parti tersebut dengan PKR dan DAP yang sudah mula mencurigainya. Walaupun dikatakan PAS mengusulkan nama Azmin Ali dan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, maklumat lain bagaimanapun memberitahu PAS dipercayai menghantar tiga nama ADUNnya yang juga merupakan Exco Negeri Selangor untuk jawatan Menteri Besar Selangor sebagaimana yang diminta oleh Istana Selangor.

Surat daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh akhir 3 September. Surat berkenaan turut mengandungi 'lebih dari dua nama' untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas Khalid Ibrahim dipecat oleh PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Wan Azizah.

Menurut maklumat itu lagi, Hadi sendiri yang menandatangani surat dari PAS kepada Istana Selangor dan menamakan tiga orang Exco Selangor sebagai calon-calon Menteri Besar Selangor.

Ketiga-tiga mereka adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus. Seorang lagi Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah Halimah Ali.

Seorang pegawai kanan pembantu Hadi Awang yang diminta komen, tidak menafikan kewujudan surat seperti itu, sebaliknya menyatakan terpulang kepada pimpinan parti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

"Ini adalah perkara rahsia dan saya tidak boleh membincangkannya," kata pegawai berkenaan.

Surat tersebut ternyata bertentangan dengan konsensus yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat, sebuah pakatan yang sangat longgar dan tidak mempunyai sebarang garis panduan kecuali Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. DAP dan PKR telah bersetuju untuk hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak Istana Selangor untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS berkeras menyatakan bahawa lebih dari dua nama perlu diserahkan sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana