PAS Belum Putuskan Calon Timbalan Speaker DUN Selangor

SHAH ALAM: PAS Selangor belum lagi memutuskan dalam kalangan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu yang akan menjawat jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, keputusan itu hanya akan dibuat setelah perbincangan dengan semua pihak berkaitan dilakukan.

"Kami akan mengadakan perjumpaan untuk membincangkan perkara ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Undian dan Tawaran Rumah Selangorku di sini, Sabtu.

Kerusi timbalan speaker DUN kosong berikutan penyandangnya, Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco).

Perkara berkenaan diumumkan oleh Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali dalam sidang media di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana