Nasrudin Dedah Gerakan Jatuhkan Hadi...Biar Betul Ni....

SEKARANG penulis faham kenapa Hadi Awang berkeras tidak mahu bini Anwar jadi Menteri Besar Selangor. Rupa-rupanya, dek sebabkan itu, ada gerakan mahu dia dijatuhkan sebagai Presiden PAS oleh beberapa pemimpin PAS sendiri seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Tantawi semalam.
Itu yang tertubuh PasMa yang sekarang lebih dikenali sebagai PAS Untuk Anwar. Salah satu tujuannya itulah, nak mengAnwarkan PAS. Siap ada mesyuarat rahsia diadakan di Kota Bharu akan cara mana untuk menjatuhkan Hadi, semua ini didedahkan Nasrudin dalam akaub FBnya petang semalam.

Kalau Nasrudin tak cakap pun, PasMa ini yang penulis tahu memang menghimpunkan golongan Anwarinas dalam PAS, sementara yang tak join atau tak dibenarkan join PasMA ini, boleh duduk bawah ketiak ulama agaknya.

Anwar mahu PAS jadi macam PKR. Suka hati apa dia nak buat dalam tu. Macam pemilihan huru hara 2014 yang sudah, dah menang pun boleh dibatalkan kemenangan, yang mencabar Azmin serta mengekori rapat, dipecat dari parti – kali kedua berturut-turut dalam tempoh 4 tahun dan sebagainya.

Cuma dulu anak Ibrahim yang lain.

Tapi begitulah dan itulah yang berlaku dalam PKR, dan sekarang pendekatan yang sama mahu diaplikasikan Anwar dalam PAS dengan penubuhan PasMa dan gerakan menjatuhkan Hadi Awang dari dalam.

Sebetulnya, tak payah PasMA pun PAS memang sudah terbelah dua, satu cenderung ulama dan satu lagi cenderung AJK PAS Pusat (27 dari 37 ahlinya adalah golongan Anwarinas). Itu yang AJK PAS Pusat buat keputusan lain (Azizah, Azmin), Majlis Syura Ulama buat keputusan lain (tolak Azizah) sebab PAS memang sedang berpecah dua.

Ini kalau betul-betul dibongkar kisah ini semua, silap-silap yang huru hara kerajaan Kedah masa PAS perintah dulu pun, Anwar punya perancangan jugak. Tak mustahil tu, sebab orang yang terlibat menghuru harakan pentadbiran Allahyarham Tan Sri Azizan Razak dulu, dengan yang mengetuai PasMA hari ini, adalah orang yang sama!!

Begitupun, isunya bukan PasMA atau tidak, Hadi nak kena terajang atau tidak. Isunya sekarang, permainan politik dalam Pakatan ini jelas bukan bermotifkan rakyat sama sekali. Ini semua cerita kepentingan diri masing-masing, apa akan aku buat kalau ada tak dengar cakap – itulah nama permainannya.

Sebab itu rakyat perlu tolak kedua-dua parti ini sebab mereka bukan mengutamakan rakyat tapi lebih kepada berpolitik tak habis-habis. Kalah pilihanraya pun macam tu (persekutuan), dah menang pun (di Selangor) macam tu juga – politik siang malam,, bila nak selesai?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana