Murid Mati Ditikam Dalam Serangan Terhadap Kanak-kanak

BEIJING 26 Sept -  Seorang lelaki menikam empat murid sekolah rendah sehingga mati di Guangxi hari ini, satu lagi kejadian dalam siri serangan terhadap kanak-kanak sejak beberapa tahun lalu.

Dalam kejadian berasingan, enam orang terbunuh terpijak di sebuah sekolah rendah di Kunming, ibu negeri wilayah Yunnan, lapor agensi berita Xinhua. Ia tidak memberi maklumat lanjut.

Polis sedang mencari lelaki pertengahan umur selepas kejadian serangan pisau itu. Lelaki itu menyerang murid sekolah berkenaan ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah.

Tiga daripada mereka mati di tempat kejadian dan seorang meninggal dunia kemudian di hospital berdekatan.

Serangan itu berlaku kurang dari sebulan selepas seorang lelaki menyerang tiga kanak-kanak dan mencederakan beberapa orang di sebuah sekolah rendah di wilayah Hubei.

Jenayah ganas jarang berlaku di China berbanding kebanyakan negara lain tetapi sejak beberapa tahun ini terdapat beberapa kejadian serangan di sekolah dan kanak-kanak.

Serangan itu menyebabkan timbul desakan bagi langkah untuk meningkatkan keselamatan di sekolah di negara berkenaan di mana kebanyakan pasangan hanya mempunyai seorang anak.

Mei lalu, lelaki bersenjatakan pisau menikam dan mencederakan lapan murid di sekolah rendah di sebuah lagi bandar di Hubei. Pada Disember 2012, seorang lelaki merempuh masuk ke sebuah sekolah rendah kampung di wilayah Henan dan menikam serta mencederakan 23 kanak-kanak. - REUTERS

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana