MPPA Desak Polis Siasat Insiden Jurufoto Ditumbuk

KUALA LUMPUR 2 Sept - Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) menyeru pihak pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera berhubung insiden salah seorang waris mangsa nahas pesawat MAS penerbangan MH17 yang bertindak menyerang dan mencederakan jurufoto di Taman Peringatan Nirwana Sungai Besi di sini, hari ini.

Presiden MPPA, Zainal Abdul Halim berkata, kekasaran ke atas jurufoto media dianggap satu perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

"Pergerakan dan tugas jurufoto media dalam sebuah tugasan  mengikut etika kewartawanan.

"Jurufoto dan pihak media bertugas boleh menerima budi bicara pihak keluarga sekiranya tidak membenarkan membuat liputan tetapi bukan cara mengasari keadaan sedemikian" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MPPA akan membuat satu laporan polis juga berhubung kejadian tersebut sambil mengambil kira hak dan kepentingan keselamatan jurufoto semasa membuat liputan.

Dalam kejadian pagi tadi, salah seorang jutufoto media dari akhbar The New Straits Times, Aizuddin Saad ditumbuk di muka manakala seorang lagi jurufoto akhbar Utusan Malaysia, Rushdi Salleh sempat mengelak semasa membuat liputan persemadian jenazah mangsa MH 17 kumpulan ketiga yang tiba awal pagi tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana