MH198 'air turn back' buat warga internet berdebar-debar

Masih terbayang-bayang kisah kehilangan misteri MH370 dan tragedi MH17, sebab itu apabila dapat berita satu lagi pesawat MAS MH198 yang tiba-tiba berpatah balik Sabtu malam suasana di 'ruang awam' arau dunia maya kecoh.
Ramai pengguna twitter, facebook, whatapps yang berdebar-debar tunggu pesawat ke India itu mendarat.

Kisahnya begini... pesawat MH198 yang itu berlepas ke Hyderabad, India pada 10.20 malam tadi terpaksa berpatah balik atau dalam istilah penerbangan 'air turn back' akibat masalah teknikal.

Pesawat Boeing 737 itu mendarat di KLIA pada 2.01 pagi tadi tanpa sebarang insiden.

Menurut kenyataan MAS pagi ini, kerosakan itu tidak memberi kesan kepada pesawat atau penumpang tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, kapten penerbangan mengambil keputusan untuk berpatah balik.

"Sejurus tiba, penumpang dan kru keluar dengan selamat dan diberi penginapan di hotel berhampiran," menurut kenyataan itu.

Penerbangan MH198 sudah dijadualkan semula sebagai MH198D dan akan berlepas pada 12 tengah hari nanti dan dijangka tiba di Hyderabad pada 1.35 petang waktu tempatan.

"Malaysia Airlines kesal dengan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang tetapi keselamatan penumpang adalah keutamaan syarikat," menurut kenyataan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana