Mengintai kem Pakatan yang suram di penamaan calon Pengkalan Kubor

Hal ini lebih menjadi tumpuan semasa proses penamaan calon pilihanraya kecil kawasan Dewan Undangan negeri Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat,Kelantan pagi Sabtu.

Seperti diduga nampaknya macam penyakit krisis Menteri Besar Selangor antara PAS-PKR-DAP sudah berjangkit sampai ke situ.

Ramai terkejut melihat suasana suram dan dingin di kem Pakatan Rakyat semasa perarakan dan masa menunggu pengesahan pencalonan pilihanraya kecil itu yang melibatkan pertandingan tiga penjuru BN-PAS-Bebas.

Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang tidak hadir.

Perarakan calon PAS Wan Rosidi Wan Ibrahim diketuai Timbalan Presiden Mat Sabu.

Kecuali Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob , tidak ramai pimpinan utama PAS khususnya puak Anwarinas PAS hadir.

Musyridul Am PAS,Datuk Nik Aziz Nik Mat muncul semasa menunggu proses penamaan calon.Beliau pun berada sekejap dan berangkat pulang selepas itu.

Paling ketara pimpinan PKR yang paling senior hadir ialah dua Naib Presiden Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin sahaja.

Pimpinan DAP dan ahli parti itu tidak nampak muka langsung di situ.

Sebaliknya kem BN yang diketuai Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun full force.

Selain pimpinan komponen BN, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor ,ketiga-ketiga Naib Presiden UMNO ,Datuk Seri Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal hadir.

Begitu juga Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan ketua Wanita Datuk seri Shahrizat Jalil.
Muhyiddin yang ditanya masa sidang akhbar pasal senario dingin di kem pembangkang hanya kata ..."itulah yang sama nampak....terpulang pada media ( nak tafsir).

Ditanya mungkinkah kerana ketegangan hubungan Pakatan Rakyat kerana isu Menteri Besar Selangir,beliau kata...." agaknyalah'.

Khairy sendiri terkejut lihat suasana di kem Pakatan Rakyat di penamaan calon itu.

Katanya beliau sudah hadir banyak penamaan calon pilihanraya kecil sebelum ini.Selalunya ramai pimpinan utama Pakatan Rakyat hadir sebagai tanda soladiriti.

Khairy bagaimanapun tidak mahu mengaitkan suasana itu dengan isu Menteri Besar Selangor.

Mat Sabu pula beri alasan pimpinan dan ahli DAP tidak ada langsung di penamaan calon itu kerana jumlah pengundi Cina cuma ada 200 orang saja di Pengkalan Kubor.

Apapun seperti kata Khairy di penamaan-penaman calon lain biasanya ramai mereka turun.

Shamsul Iskandar yang ditemui juga bagi alasan yang kurang meyakinkan.

Misalnya kenapa Azmin Ali tidak datang,Shamsul kata proses pemilihan PKR baru selesai jadi parti itu belum tetapkan siapa jaga itu ini.

Dalam pada itu juga agak pelik,PAS tidak buat sidang akhbar rasmi selepas penaman calon seperti kebiasaan.

Semuanya angkat kaki selepas selesai penamaan calon.Wartawan hanya sempat jolok tanya soalan pada Mat Sabu sambil berdiri.

Ada yang wartawan kedengaran berbisik...apakah mungkin mereka takut soalan-soalan panas berkaitan hubungan antara parti Pakatan Rakyat.

Di pihak BN,Muhyiddin adakan sidang akhbar seperti biasa selepas setiap penaman calon..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana