Mengapa makin ramai ahli PKR kecewa dengan pimpinan parti?

Semakin ramai ahli-ahli PKR yang mula menunjukkan keberanian mengkritik pimpinan parti itu apabila melihat kewibawaan parti reformasi berkenaan semakin merosot di mata awam.

Sekaligus ia membayangkan betapa darjah kepercayaan terhadap ketulusan dan ketelusan pimpinan parti itu juga menjunam di hati ahli-ahli yang rimas PKR terus dibelit kontroversi akibat pelbagai karenah pemimpin.
Bermula dengan perbalahan terbuka di antara Timbalan Presiden, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan isu penggugurannya dari Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, perpaduan PKR semakin goncang.

Ini ditokok oleh persaingan dalam pemilihan parti yang membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan bagi jawatan Timbalan Presiden yang bermula penghujung April lalu.

Mungkin atas nama demokrasi, tiba-tiba Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berselera untuk  turut menawarkan diri menjadi Timbalan Presiden untuk musim 2014-2017.
Sikap pilih kasih tidak digemari ahli akar umbi PKR

Isu yang menjolok kekecewaan ahli ialah sikap pilih kasih pimpinan dan ketidakcekapan pengurusan parti. Yang mendukacitakan apabila ada suara protes ini kedengaran PKR cuba “mematikannya” dengan penggantungan keahlian serta pemecatan.

Keadaan diburukkan lagi dengan langkah PKR enggan berkompromi dengan Sultan Selangor sendiri. Setelah memecat Khalid Ibrahim daripada parti dan “memancing” dua Adun PAS untuk menyokongnya, PKR bertegas hanya mahu mengemukakan nama Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar.

Ahli menjadi tertanya-tanya apakah PKR langsung tiada pemimpin berkaliber selain Wan Azizah untuk menjadi Menteri Besar? Adakah jawatan itu kini adalah hak eksklusif Anwar dan isterinya?

Menghidu cara kurang bersih bagaimana pengaruh Azmin hendak dipadamkan sebelum ini, maka ahli-ahli PKR mula yakin bukanlah satu kesilapan jika menyimpulkan bahawa Azmin kini memang amat tidak digemari dalam saf pimpinan PKR.

Jika prasangka dan kecurigaan terhadap Azmin ini berlarutan pimpinan PKR hanya mengesahkan bahawa memang berlaku keretakan besar di kalangan pimpinan parti.

Keadaan ini juga mengundang keresahan seperti yang pernah dipersoalkan oleh Anwar sendiri suatu masa dahulu ketika menghadapi “tekanan” daripada pimpinan Umno pada 1998 ketika beliau menjadi Timbalan Presidennya.

Ketika itu Anwar merungut jika beliau sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri boleh diaibkan oleh pimpinan Umno, apakah jaminannya rakyat biasa tidak akan diperlakukan begitu?

Yang jelas ialah keadaan hampir sama kini berlaku dalam parti pimpinan Anwar sendiri. Kali ini yang menanggung kekecewaan ialah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan anak-anak buahnya pula.

Lantaran itu, ada ahli parti yang tidak segan silu bergabung suara dengan Umno dan pertubuhan-pertubuhan yang mesra Khalid Ibrahim untuk mengkritik PKR secara terbuka.

Salah seorangnya ialah Felicia Ling yang menganggap tindak tanduk politik Anwar sekarang ini membayangkan beliau sudah tidak lagi faham adat istiadat dan hilang perwatakan Melayunya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana