Makin parah...Nasrudin Tantawi dakwa PasMa rancang nak jatuhkan Haji Hadi

Hari demi hari yang pasti belum ada langsung tanda-tanda ketegangan dalam PAS dan begitu juga hubungan parti itu dengan PKR dan DAP makin reda.
Buktinya baca sendiri tulisan Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin Tantawi dibawah tajuk Pasma: Timbulnya Sebuah Kapal Selam di laman facebooknya petang Ahad.

Baru saja pada pada 9 September ,Nik Abduh anak kepada Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat cetus sensasi di facebooknya menerusi tulisannya ' Siapa Pengkhianat?' dalam isu Menteri Besar Selangor.

Kebetulan kedua-dua mereka ialah Ahli Jawatankuasa Pusat PAS dan diketahui umum adalah 'panglima' Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

Kebelakangan ini mereka berdua terus menerus menghalakan senapang kearah gelagat degil PKR dan DAP serta tindak tanduk sesetengah pimpinan PAS yang tidak mahu mendokong pendirian Haji Hadi dalam isu Menteri Besar Selangor.

Apapun isu ini sudah menjadi bertambah hangat sekarang dengan pendedahan Ketua Angkatan Muka Keadilan (PKR) ,Nik Nazmi Nik Ahmad mengenai pertemuan beliau bersama Ketua Pemuda PAS dan DAP dengan Haji Hadi pagi Jumaat lalu

Presiden PAS itu bukan sahaja tidak berganjak malah secara terbuka memberitahu mereka beliau merasakan jalan keluar kepada krisis Menteri Besar ini ialah Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan pada jawatannya.

Ini membuatkan ramai pemerhati meramalkan Muktamar PAS yang dijadual berlangsung di Batu Pahat dari 18 hingga 20 September ini pasti hangat dan tegang.

Melihat pada senario yang makin kusut ini mungkin ramai tidak terkejut mendengar dakwaan terbaru Nasrudin.

Dakwaan itu mengambarkan krisis dalaman PAS akibat dari isu Menteri Besar Selangor sudah sampai ke tahap yang serius dan genting.

Semua orang sudah tahu tentang kewujudan PasMa yang didakwa oleh penerajunya cuma sebuah NGO dalaman parti itu.

Sebaliknya Nasrudin secara terbuka mendakwa dalam tulisan di facebooknya bahawa PasMa bukan sebuah NGO yang berorientasikan kebajikan.

"Ia adalah sebuah NGO yang diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik tersendiri," dakwanya.

Nasrudin mendakwa satu pertemuan yang diadakan Pasma di Kota Bharu pada 31 Ogos lalu telah membincangkan bagaimana hendak menjatuhkan Presiden PAS.

Dakwanya pertemuan itu sarat dengan perbincangan dan kritikan terhadap Haji Hadi.

Juga dakwanya pertemuan itu membincangkan rancangan untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi mengantikan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa parti itu barangkali dinamakan Parti Ummah Sejahtera.

Bagaimanapun salah seorang yang mendakwa hadir dalam pertemuan itu menulis komen dalam facebook Nasrudin dibawah tulisan berkenaan menafikan mereka bincang rancangan untuk menjatuhkan Haji Hadi.

Katanya dakwaan Nasrudin itu fitnah dan meminta ia dihentikan.

Orang itu mengakui Presiden PAS dihentam teruk dalam pertemuan itu dan mereka bersetuju kepimpinan PAS termasuk Presiden harus ditukar tetapi tidak sampai peringkat bincang strateji menjatuhkan Presiden.

BERIKUT IALAH TULISAN NASRUDIN TANTAWI DI FACEBOOK BELIAU AHAD 14 SEPTEMBER 2014

PasMa : Timbulnya Sebuah Kapal Selam

Oleh : Nasrudin bin Hassan At Tantawi.

1. Pentas politik tanahair kita semakin menarik dengan lahirnya PasMa. Ia kini menjadi bahan bualan ahli - ahli politik termasuk para penganalisisnya. Justeru PasMa bukanlah sebuah ngo kebajikan yang lahir atas orientasi kebajikan seperti Yayasan AMAL, Muslim Care dan lainnya. Juga bukan sebuah ngo yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak rakyat tertindas seperti Royalti (R) , ANAK dan lainnya. Sebaliknya ia adalah sebuah ngo yang diluncur ke tengah arus politik tanahair dengan sentimen dan agenda politik tersendiri.

2. Pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari jelas mempotraitkan rupa wajah PasMa yang sebenar. Pastinya ia bukan pertemuan yang merancang strategi dan aktiviti kebajikan sebagaimana tanggapan setengah pihak terhadap ngo ini. Sebaliknya ia adalah sebuah pertemuan yang sarat dengan perbincangan dan kritikan kepada pucuk pimpinan PAS iaitu Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Malah mereka bincang bagaimana untuk menjatuhkan Tuan Guru Presiden.

3. Pertemuan tersebut turut merencana Plan A dan Plan B sehingga menelurkan idea perlaksanaan konsep 1 Jamaah 2 Parti. Satu idea yang membawa maksud menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS di dalam Pakatan Rakyat setelah mood pertemuan tersebut dibentuk dengan satu persepsi kononnya PAS yang sedang diterajui oleh Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang mahu bekerjasama dengan UMNO dan dilabel sebagai Geng UG sementara mereka pula adalah Pro PR. Jika konsep 1 Jamaah 2 Parti itu menjadi kenyataan, barangkali Parti Ummah Sejahtera ( ??? ) akan wujud.

4. Lebih jauh perbincangan mereka ialah strategi untuk menjatuhkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS. Saya difahamkan oleh seorang saksi yang hadhir dalam pertemuan PasMa pada 31 Ogos 2014 tempohari , bagaimana Shaikh Umar Bagharib bin Ali seperti mencabar seorang pemimpin kanan PAS Pusat yang turut hadhir dalam pertemuan itu, betapa 24 orang AJK PAS Pusat yang pro mereka (dari 36 orang keseluruhannya) kenapa tidak boleh menguasai keputusan PAS pusat ? . Menganggap Tuan Guru Presiden PAS sebagai bodoh siasah dan menyebut bahawa Jawatan Kuasa PAS Pusat yang ada pada hari ini boleh turunkan Presiden PAS tanpa perlu pun menunggu muktamar.

5. Seorang peserta yang lain pula menyebut bahawa fokus mesti dialihkan kepada Setiausaha Agung Musthafa Ali untuk dijatuhkan dengan maksud jatuh Musthafa Ali maka lemah dan jatuhlah Tuan Guru Presiden. Fokus dialih kerana disebabkan reputasi Tuan Guru Presiden yang sedang harum dengan perlantikan sebagai Naib Presiden Persatuan Ulamak Sedunia tempohari.

6. Sementara resolusi pertemuan itu disampaikan oleh Ust Mohd Taib Ahmad Setiausaha PasMa. Beliau menegaskan jika AJK PAS Pusat tidak mahu menurunkan Presiden PAS, maka semua AJK PAS Pusat kita turunkan termasuk Mohamad Sabu Timbalan Presiden, Naib - Naib Presiden, Dato' Mahfuz Omar dan semua AJK PAS Pusat kita turunkan semuanya. Kenyataan beliau berasaskan satu keyakinan bahawa terdapat usaha mahu menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO di Selangor.

7. Menyentuh soal rahsia parti pula, beliau menyebut bahawa baiah yang dibuat oleh pimpinan PAS Pusat boleh dilanggar kerana ia dianggap batil dan melanggar baiah boleh diselesaikan dengan menyembelih seekor kambing ( sebagai membayar kifarah ). Ucapan resolusi PasMa itu juga turut menegaskan bahawa Majlis Syura PAS hanya diperalat oleh Musthafa Ali. Musthafa Ali over rule segalanya, beliaulah Presiden PAS yang sebenarnya.

8. Penjelasan ini adalah sebahagian dari keseluruhan perbincangan yang jelas menggambarkan agenda sebenar PasMa . Pertemuan itu menjadi majlis "membelasah" pimpinan PAS khasnya Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS.

9. PasMa menjadi forum yang akan bergerak secara terbuka ke seluruh negara dengan membawa agenda tersebut. Himpunan mereka di Pustaka Az Zahra' menyaksikan kesungguhan mereka mendokong agenda yang mengatasnamakan usaha menyelamatkan PAS itu. Antara yang mengambil bahagian berucap dan melontarkan pandangan dalam Perhimpunan

PasMa yang berlangsung di Pustaka Az Zahra Kota Bharu tempohari ialah Ustaz Mohamad Hussin selaku pengerusi dan menyampaikan ucapan alu - aluan, sementara penceramah pertama ialah Yb. Dr Hatta Ramli dan penceramah kedua ialah Dato Phahrolrazi bin Zawawi.

10. Saya melihat tidak mustahil PasMa akan menjadi pintu laluan ke arah penubuhan parti baru atau serpihan PAS yang bakal dianggotai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS sebagaimana sejarah telah merakamkan penubuhan Hamim dan Berjasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana