Macam Dia Presiden PAS!!!! Berat...Berat...Namakan Tiga Exco PAS Bukan Pendirian Parti - Mat Sabu

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu berkata pencalonan tiga nama ahli exconya untuk jawatan Menteri Besar Selangor, bukan pendirian parti itu.

"Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos, sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim dan Azmin Ali untuk jawatan itu. Saya tidak dimaklumkan bahawa nama mereka dikecualikan daripada senarai.

"Laporan media juga menyebut Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengetahui senarai nama ahli Exco PAS untuk jawatan tersebut.

"Kami, bagaimanapun, tidak mengetahui perkara ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu menegaskan bahawa dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada 25 Ogos lalu, semua bersetuju mengenai nama yang diputuskan dalam mesyuarat 17 Ogos untuk dihantar kepada Sultan Selangor.

Pada Khamis, Mustafa Ali mengesahkan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama dalam senarai berasingan untuk jawatan menteri besar.

Mustafa berkata, tiga nama itu dihantar bagi menghormati titah Sultan yang mencadangkan supaya semua parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua nama untuk dipertimbangkan Baginda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana