KPN : PPS Gengster, Cabar Undang-Undang...INilah Sudah Melampau Ni

KUALA LUMPUR 1 Sept. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengecam budaya 'gengster' Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang apabila pasukan pertubuhan haram itu masih meneruskan aktiviti mereka tanpa berunding dengan pihak polis.

Beliau berkata, PPS yang mencabar undang-undang dan krelibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewajarnya mendapatkan penjelasan terlebih dahulu berhubung keputusan yang disahkan sendiri dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

"Sepatutnya tulis surat kepada pendaftar (pertubuhan) minta penjelasan dan mungkin guna saluran undang-undang lain, untuk mereka bertanya tentang pertubuhan yang telah diumumkan haram itu.

"Tetapi sebaliknya, pertubuhan ini sengaja nak cabar undang-undang negara kita dengan mencabar PDRM dan menggertak PDRM supaya, kalau berani ambil tindakan.

"Ini perbuatan gangster macam ini," katanya kepada perberita di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas pihak polis menahan seramai 154 anggota PPS selepas mereka menghadiri perarakan hari merdeka di Esplanade, Pulau Pinang semalam.

Khalid menjelaskan, pihak polis terpaksa menangkap anggota PPS itu bagi menjalankan siasatan terperinci terhadap tindakan mereka.

Katanya, kesemua anggota itu mungkin ditahan sehingga siasatan selesai.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana