KJ Belasah ANWAR....Pilih Pemimpin Berwibawa Dan Dihormati, Bukan Macam Anwar

PENGKALAN KUBOR: Rakyat diingatkan untuk memilih pemimpin yang berwibawa kerana dia akan dihormati sepanjang masa, pesan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kesilapan rakyat dengan memilih pemimpin tidak berwibawa akan membawa kepada perpecahan sebagaimana yang berlaku di Selangor ketika ini.

"Kalau ditakdirkan esok Datuk Seri Najib Tun Razak kata (suruh) 'KJ letak jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan', saya akan letak jawatan kerana saya hormatkan pemimpin saya dalam Umno sebagai orang yang berwibawa.

"Tapi Tan Sri Khalid tak ikut cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar adalah orang yang tak berwibawa...dia tahu Anwar adalah pemimpin yang tak perlu kita ikut," katanya ketika berucap di Majlis Santai Bersama KJ di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Geting di sini, malam Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai memberi penjelasan kepada salah seorang penduduk yang inginkan penjelasan mengenai kemelut di Selangor dalam sesi soal jawab yang diadakan secara terbuka pada majlis itu.

Khairy memberitahu, berikutan krisis menteri besar yang berlaku di Selangor, ia membuktikan bahawa Anwar adalah pemimpin yang harus ditolak.

"Kalau di Selangor, Tan Sri Khalid tak nak ikut arahan Anwar yang jadi Ketua Pembangkang, takkanlah pengundi nak undi calon PAS yang mana Ketua Pembangkangnya adalah Anwar," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Khairy turut membidas PAS yang mahu Akta Hasutan dihapuskan dan tidak mahu ia digantikan dengan akta baharu.

Katanya, tuntutan PAS itu menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh menghina agama, Raja dan bangsa tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL