Khalid Beri Jaminan Dedah Dokumen Perjanjian Air

SHAH ALAM 15 Sept - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi jaminan akan mendedahkan dokumen perjanjian penstrukturan semula industri air yang ditandatangani antara kerajaan negeri dengan Putrajaya dalam masa terdekat.

Khalid berkata terma perjanjian akan didedahkan sejurus selepas syarikat konsesi air yang terlibat selesai mengadakan mesyuarat luar biasa ‎(EGM) bagi menentukan penjualan saham.

"Teks perjanjian itu akan diedarkan tidak lama lagi kerana masih lagi dalam proses penentuan.

"Syarikat terlibat akan mengadakan EGM untuk menentukan penjualan saham," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Multaqa Imam-Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid, Guru Kafa dan Guru Takmir peringkat negeri Selangor di Masjid Negeri di Shah Alam, hari ini.

Beberapa desakan timbul daripada PKR yang mahu Khalid mendedahkan perjanjian air yang ditandatangani bernilai RM7.45 bilion pada Jumaat minggu lalu, kurang berbanding tawaran asal sebanyak RM9.65 bilion.

Katanya, pihaknya akan mengadakan mesyuarat dengan exco terlebih dahulu pada petang ini dan kemudiannya membuat beberapa pengumuman mengenai terma perjanjian air.

Khalid dalam ucapan perhimpunan bulanan dengan kakitangan negeri bulan lalu menganggap perjanjian air sebagai legasi terakhirnya yang ditinggalkan untuk rakyat Selangor sebelum berundur daripada jawatannya.

Namun, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam kenyataannya minggu lalu mempertikaikan kos RM7.45 bilion kerana ia tidak termasuk kos mengambil alih Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd (Splash).

Katanya, ada kemungkinan rakyat Selangor akan menanggung bayaran lebih tinggi jika akhirnya bayaran kepada Splash yang dirunding atau diputuskan oleh mahkamah adalah lebih tinggi daripada tawaran awal.

"Tawaran terakhir Khalid kepada Splash ialah sebanyak RM1.851 bilion (tanggungan hutang dan pampasan liabiliti) iaitu hampir sama dengan jumlah RM2 bilion yang kononnya berjaya dikurangkan oleh beliau hasil perjanjian pada hari ini.

"Saya beranggapan kos sebenar hanya diketahui selepas pengambilalihan Splash selesai," katanya dalam kenyataan.

Selain butirannya tidak pernah berbincang dengan pemimpin Pakatan Rakyat, pengkritik juga bimbang jika perjanjian itu akan menjejaskan kepentingan awam kerana rundingannya sebelum ini diadakan secara rahsia.

Sementara itu, ditanya tentang pendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu dirinya kekal sebagai menteri besar, Khalid berkata kuasa menenentukan kedudukannya terletak ditangan Sultan Selangor.

Menteri besar daripada Bebas itu juga enggan mengulas spekulasi akan terus dikekalkan sehingga akhir penggal.

"Saya berterima kasih tentang hal itu tetapi saya minta maaflah, perkara perlantikan menteri besar ini adalah dibawah kuasa sultan," katanya.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad kelmarin berkata, Hadi berpandangan dengan mengekalkan Khalid akan menyelesaikan kemelut isu menteri besar Selangor.

Perkara itu dinyatakan Nik Nazmi dalam hasil pertemuannya dengan Hadi bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat pada Jumaat minggu lalu di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur.

"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Timbalan Speaker Selangor itu dalam kenyataan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana