Ketua Dewan Muslimah Pas tolak Wan Azizah... Tak perlu kata apa-apa lagi....

KETUA DEWAN MUSLIMAH PAS NAFI SOKONG WAN AZIZAH

KUALA LUMPUR — Ketua Dewan Muslimah PAS pusat, Siti Zailah Yusoff kesal dengan pihak yang menyebarkan berita bahawa Muslimah PAS di bawah pimpinannya sebulat suara menyokong rakan Wanita dari tiga komponen parti yang membentuk Pakatan Rakyat (PR) seperti dilapor Harakahdaily.

“Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan ditandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza,” katanya.

Semalam, kononnya satu kenyatan media telah tersebar ditandatangan bersama oleh Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Wanita DAP Chong Eng dan Muslimah PAS menzahirkan sokongan terhadap Adun Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menjadi calon tunggal mengisi kerusi menteri besar negeri Selangor. Wan Azizah juga adalah Presiden PKR.

Krisis kerusi menteri besar Selangor menyaksikan kemelut politik dalaman PR yang paling buruk semenjak pakatan itu diwujudkan.

Sementara itu, pihak istana telah mengarahkan semua parti membentuk PR menyerahkan tidak kurang dari dua nama calon menteri besar dan tarikh akhir berbuat demikian adalah 3 September iaitu Hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana