KEMPEN CERAMAH PRESIDEN PAS TIADA SAMBUTAN

Seolah-olah kemenangan kini sudah telah milik BN, apabila kempen ceramah BN kini sangat mendapat sambutan tanpa perlu penceramah sebaliknya hanya melabaikan tangan.

Berbeza dengan PAS di mana calon mereka hanya dapat dilihat bersama Presiden PAS ketika mengadakan kempen politik.

Situasi ini sangat mendukacitakan PAS dan seolah-olah pengundi Pengkalan Kubor sudah mula bosan depan sikap bermuka-muka PAS.

Semalam program PAS telah mendapat tamparan hebat apabila kehadiran penonton yang terlalu sedikit bagi kehadiran pemimpin utama PAS seperti Hj Hadi, Mat Sabu, Tn Ibrahim dan Dato' Nasarudin Daud.

Program ceramah yang diadakan di UPU PAS Simpangan pada malam tersebut hanya mendapat kehadiran seramai 50 orang.  Nampaknya seperti tiada sambutan diberikan penduduk tempatan kepada penceramah PAS di sini.

Mungkin penduduk di sini telah "masak" dengan fitnah yang disampaikan oleh penceramah PAS ini.

PAS kini masih mengalami krisis perpecahan dalaman antara mereka antara golongan Ulama dan Anwarisme dalam PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana