Kalau Presiden Sudah Gelar 2 ADUN Barua Itu Sudah Parah

Ketika berucap pada penutupan Persidangan Muktamar tadi Presiden PAS nampak nya tidak dapat tahan “frustration” dan kemarahan nya lagi.

Kata kata seperti “barua” dan “broker” bukan lagi untuk UMNO atau untuk orang Islam yang tidak sehaluan dengan Hj Hadi dan PAS, tetapi ada lah untuk ahli PAS.

Jika sesiapa jadi Presiden PAS pun akan marah, menjadi ahli PAs tetapi menjadikan pemimpin parti lain sebagai ketua.

“Takut majoriti tak dapat curi wakil rakyat kita, beli wakil rakyat kita” kata Hj Hadi.

Maka perkataan beli itu boleh lah diterjemahkan sebagai ahli PAS walaupun bertopeng agama tetapi tetap boleh di beli.

Ini disahkan sendiri oleh orang agama dan ulama PAS seperti Hj Hadi di pentas depan seluruh rakyat. maka jangan lah nanti ahli PAS suka sangat spin dan putar belit bila rakyat lain menuduh perkara serupa.

Tetapi walaupun jika Hj Hadi tidak berkata akan hal ini, rakyat juga sudah sedar siapa itu PAS sebaik sahaja mengistihar Anwar yang bermasalah moral dan DAP yang amat jijik dengan islam sebagai teman tidor nya.

 Kredibiliti PAS sudah lama hancur , hanya akibat mempunyai network ceramah sahaja yang membuat PAS kelihatan Islam kerana pentas ceramah di masjid dan surau sahaja tempat redeem diri nya kepada rakyat yang un-suspecting akan keburukan PAS yang sudah lari dari perjuangan asal.

Selain itu Hj Hadi sendiri mengaku pemimpin PAS sudah berbaiah dan sentiasa melakukan Baiah menggunakan “Wallahi , wabillahi , watallahi” sebagai sumpah.

Ini mengesahkan PAS yang ejek sumpah Saiful dalam kes liwat sebenar nya pengamal sumpah sama sendiri dan malah sumpah PAS untuk politik dunia dan bukan sumpah untuk mencari kebenaran. Bermain dengan sumpah jatuh kepada PAS dan bukan Saiful.

Laknat PAS berpecah 3 sudah jelas kelihatan.

2 puak nampak nya telah bergaduh terus terang sama sendiri ia itu puak Mat Sabu dan Ulama.

Pergaduhan antara puak milik DAP yang diketuai Mat Sabu belum lagi perang besar dengan Anwarinas tetapi seperti “time bomb” akan tercetus tidak lama lagi.

Kini nyata kemarahan Presiden PAS memang berasas, apa tidak nya parti sendiri milik orang.

Teralu marah dan terlalu kalam kabut pada muktamar ini sehingga masalah rakyat dan juga Hudud terlepas untuk dibicarakan.

Anwar dan DAP berkuasa atas PAS. Pelik juga kenapa mereka masih menjadi ahli PAS jika condong nya kepada Anwar dan DAP.

Apa pun ada orang kata ini akibat sekongkol dengan pemaksiat dan Parti anti Islam.

Kemarahan Allah bagi yang mengunakan nama agama nya tetapi memuja mereka yang menentang nya seperti parti DAP yang anti Islam dan PKR yang sekular.

Ada pula yang kata tahaluf siyasi ini hancur kerana sumpah Saiful mula berkesan. Wallahualam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana