Kalau Dia Boleh Derhaka Kepada Ibunya...

KUALA LUMPUR 20 Sept - Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed  Azmin Ali disifatkan tidak layak untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana kebiadapannya menghina Perdana Menteri dan institusi raja serta pernah dikaitkan dengan kesalahan moral

Musyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md Arip turut mencabar pimpinan PKR agar memecat Azmin daripada parti kerana ingkar pada akuan bersumpah menyokong Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

"Bukankah Azmin yang menghina DYMM Tuanku Sultan Selangor semasa istiadat pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong di Istana Negara ketika keberangkatan masuk Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Balai Rong Seri?

"Bukankah Azmin merupakan salah seorang perancang utama siri demonstrasi jalanan yang mengganggu-gugat kemanan dan kestabilan negara? Dari segi moral pula, Azmin dianggap lelaki dayus apabila dia dikaitkan dengan dakwaan menghalalkan hubungan sulit isterinya dengan Anwar.

"Kenyataan Azmin di PRK Kajang sebelum ini juga pernah menggelarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai haiwan ternakan kepada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Azmin juga didakwa sebagai anak derhaka laksana 'Si Tanggang' oleh ibunya sendiri, Mak Tom. Apakah kita sudah lupa?"

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di sini hari ini dan dihadiri ahli-ahli Majlis Syura TIBAI.

Sehubungan itu Muhammad Zahid mengingatkan orang ramai khususnya UMNO supaya tidak lupa akan penghinaan yang dilakukan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu.

"Saya minta UMNO tidak lupa jati diri. UMNO ada maruah, apabila Presidennya dihina, maka seluruh ahli UMNO dihina dengan tuduhan 'haiwan ternakan' Dr Mahathir serta menfitnah Perdana Menteri mengarahkan mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun terhadap Anwar kerana kesalahan meliwat.

"Saya terdengar ada dikalangan pemimpin UMNO yang setuju dengan desas-desus perlantikan Azmin sebagai Menteri Besar. Saya hanya mengingatkan, Azmin tidak layak. Ada juga pimpinan UMNO yang mahukan saya untuk tidak 'hentam' Azmin kerana katanya Azmin akan masuk UMNO. Jika berlaku juga lantikan ini, saya anggap ini satu episod malang yang akan dikenang anak cucu akan datang.

"Kita benar-benar bimbang jika orang ini menjadi Menteri Besar Selangor, taat setianya bukan kepada Sultan tetapi kepada Anwar. Kalau dia boleh menderhaka kepada ibunya, apatah lagi kepada Sultan dan negara." tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana