Isu MB Selangor: AJK PAS Pusat Tolak Cadangan Presiden PAS...Berlawanan Arus Ni

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Jawatankuasa PAS Pusat hari ini menegaskan untuk tidak menuntut kerusi Menteri Besar Selangor, sekaligus menolak tindakan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilapor mencalonkan tiga Adun PAS kepada Istana Selangor untuk mengisi jawatan itu.
“Keputusan mesyuarat hari ini memutuskan PAS tetap dengan keputusan sebelum ini tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor,” kata Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali pada sidang akhbar selepas mesyuarat AJK PAS Pusat.

“(Keputusan) yang hari ini (adalah) yang terakhir,” kata Mustafa.
Hadi mempengerusikan mesyuarat lima jam itu namun tidak hadir pada sidang media berkenaan.
Bagaimanapun Mustafa mendakwa keputusan itu turut didokong oleh Hadi.
“Presiden hadir bersama dengan kita hari ini.. ertinya dia bersama dengan kita,” kata beliau.
Mustafa enggan mengupas tindakan Hadi menghantar beberapa nama calon MB daripada parti itu untuk pertimbangan Istana Selangor.

“Nama (yang dihantar Hadi) tak apa, kita beri nama tidak bermakna Tuanku (Sultan) tidak memahami perkara (ini). Bagi kita peringkat parti sebagaimana kita sebut jawatan Menteri Besar, PAS tak tuntut,” tegasnya.

Beliau berkata Jawatankuasa PAS Pusat mengambil ketetapan untuk menyerah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk membuat keputusan.
Kelmarin Hadi terang-terangan menyifatkan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tidak berkaliber untuk menjadi MB Selangor “dan bukan kerana beliau wanita.”
PKR dan DAP mengemukakan Wan Azizah sebagai calon tunggal mereka kepada Sultan Sharafuddin untuk mengisi jawatan MB sungguhpun baginda menitahkan parti-parti komponen Pakatan Rakyat mengemukakan lebih daripada dua calon.

Setakat ini Hadi tidak menafikan laporan bahawa beliau mengemukakan nama tiga ADUN PAS termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad untuk pertimbangan Sultan bagi jawatan itu.
Mohamad Sabu sebelum ini mengesahkan Hadi bertindak bersendirian dalam mengemukakan senarai calon itu sungguhpun AJK PAS Pusat menetapkan Wan Azizah dan timbalan presiden PKR Azmin Ali akan dicalonkan.

PAS dan PKR bertelagah sejak sebulan lalu setelah PKR memecat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu di atas tuduhan terbabit dalam beberapa urusan mencurigakan.
Hadi dan golongan ulama PAS menolak Wan Azizah yang ditampilkan oleh PKR sebagai calon tunggal untuk menggantikan Khalid dan polimik itu berlarutan sehingga memecah belahkan Pakatan Rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL