Isu MB : Anwar Mohon Ampun Kepada Sultan Selangor...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR 18 Sept - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di atas kenyataannya bahawa sudah menjadi amalan sejak 1957 satu nama calon menteri besar sahaja dihantar kepada Sultan.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan hari ini, jelas beliau, kenyataan tersebut dikeluarkan berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya.

“Saya hanya menyatakan apa yang berlaku dalam pengetahuan saya terutama sepanjang saya dalam kerajaan Umno-BN, sejak 1982 hingga 1998.

“Sekiranya ada kekhilafan berlaku, saya mohon ampun dari Sultan Selangor,” katanya.

Istana Selangor hari ini mengeluarkan kenyataan Anwar dan menyifatkan tindakan itu tidak tepat dan mengelirukan rakyat.

Katanya, ketika pentadbiran kerajaan BN, pemilihan calon Menteri Besar Selangor dipersembahkan kepada Sultan Selangor oleh Perdana Menteri melalui Majlis Menghadap Sultan, dan beberapa nama yang difikirkan layak disembahkan untuk mendapat perkenan baginda.

"Dari senarai nama calon itu, Sultan Selangor akan memilih hanya satu nama calon untuk dilantik sebagai menteri besar," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana