Inilah Akikatnya Geng ANWARINAS Dalam PAS....Sudah Meresapi Dalam Politik PAS

Sememangnya inilah pokok masalah dalam Pas sekarang sehingga muktamar tahun ini bagaikan 'medan perang' apabila pengaruh politik Anwar sudah menyerap dalam parti tersebut. Pengaruh itu tidak membawa apaapa kebaikan kepada Pas sebaliknya sedikit demi sedikit sedang melemahkan Pas.

Mana mungkin Pas tidak akan lemah kalau kata-kata Abdul Hadi boleh disanggah tanpa sedikit pun rasa hormat dalam forum terbuka. Mana mungkin Pas tidak akan lemah kalau suara ulama cuba dipinggirkan manakala keputusan Majlis Syura Ulama dipersoalkan.

Sepanjang membuat liputan muktamar Pas sejak tahun 1992, penulis tidak pernah menyaksikan muktamar 'sepanas' ini. Segalagalanya berlaku kerana pengaruh politik luar yang sebelum ini dilihat begitu asing kepada ahliahli Pas sudah menyerap masuk ke dalam parti tersebut.

Mungkin menyedari bahaya inilah Abdul Hadi dalam ucapan dasar beliau meluahkan: "Kerjasama politik bukan bermakna kita menyerap masuk ke dalam sistem lain, atau parti lain, sehingga hilang prinsip dan jati diri kita atau hanya menjadikan ukuran kemenangan sematamata sebagai matlamat sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam, matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah."

Bagaimanapun sebahagian pemimpin Pas sudah terpengaruh dengan politik mencari kemenangan dalam pilihan raya sematamata akibat teruja dengan impian yang diuaruarkan oleh Anwar untuk menawan Putrajaya.

Sepanjang membuat liputan muktamar kali ini, penulis mengakui misi menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO serta mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum menjadi matlamat utama ahli-ahli Pas tetapi mereka mahu melakukan dengan cara yang betul dan bukannya menggadaikan segala-galanya bagi tujuan itu.

Sebab itulah mereka mengecam dan mengkritik pemimpin-pemimpin bukan ulama yang sanggup mengamalkan 'politik mencipta hantu yang tidak wujud' untuk mencapai matlamat bersama PKR dan DAP.

Golongan itu dilihat mengamalkan sikap, menganggap semua kenyataan Anwar betul, semua rancangan PKR dan DAP tepat manakala keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang perlu dipatuhi. Akibatnya mereka menyifatkan kata-kata Abdul Hadi tidak dipeduli, perancangan Pas perlu dirujuk dengan sekutu dan keputusan Majlis Syura Ulama tidak harus diikuti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana