‘IGP Anjing BN’ Dan ‘Celaka PDRM’ : Individu Biadap Mohon Maaf Secara Terbuka...Sumbat Saja Dalam Lokap Tu

Kuala Lumpur – Seorang dari dua pengguna twitter biadap, Viktor Wong hari ini menarik kembali kenyataan yang menghina dan mencemuh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Viktor melalui akaun twitternya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan PDRM.

Dia yang menggunakan akaun (@wonghoicheng) sebelum ini menulis: “Bastardization of @PDRMsia. Thanks to the ruthless @KBAB51 Henrich Himmler of Malaysia.” (Celaka PDRM. Terima kasih kepada @KBAB51 yang kejam, Henrich Himmler Malaysia)”

Ekoran kenyataan yang dikeluarkan itu, Khalid telah mengarahkan Police Cyber Investigation Response Centre (PCIRC) untuk mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap individu-individu yang mengeluarkan kenyataan menghina atau biadap terhadap PDRM melalui media sosial.

Khalid, memetik tweet biadap tersebut apabila membandingkan dirinya dengan komander Nazi Henrich Himmler (antara individu paling digeruni di bawah pemerintahan Nazi di Jerman).

Manakala seorang lagi pengguna twitter  bernama Nasrul Omar (@ennasrul) yang menuduh Khalid sebagai ‘anjing BN’ telah menutup akaun tersebut.

PCIRC dalam satu kenyataan sebelum ini berkata akan mengambil tindakan dan menjalankan siasatan terhadap individu-individu yang mengeluarkan kenyataan menghina atau biadap terhadap PDRM melalui media sosial.

Menurut PCIRC dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi arahan penyiasatan itu diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun twitternya sebentar tadi dengan dua akaun twitter telah didedahkan untuk siasatan lanjut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana