Haron Din Desak Pas Kaji Kerjasama Politik Dengan Pakatan

KULAIJAYA 17 Sept - Timbalan Mursyidil Am PAS, Datuk Dr Haron Din mendesak pimpinan parti itu supaya mengkaji semula tahaluf siyasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan parti Islam itu daripada terus diperlekehkan oleh pihak luar.

Beliau berkata, tahaluf perlu dipertahankan demi kepentingan Islam dan parti, bukan hanya untuk kepentingan individu.

"Tahaluf berlaku dengan nasihat ulama... dibolehkan kerana ada rukun dan syarat dipenuhi. Selagi syarat dan rukun ini dipenuhi, ulamalah sebagai benteng. Pertahankan tahaluf ini demi kepentingan Islam dan jemaah, bukan untuk kepentingan individu.

"Kalau tahaluf telah tercalar, syarat dilanggar, rukun dirobohkan, ulama wajar memikirkan balik kalau ia boleh diteruskan, teruskan.

"(Jika) syarat-syarat dirobohkan ulama bertanggungjawab memperbetulkan balik... memperbaiki balik. Kalau tak boleh juga, ambillah contoh dalam perkahwinan, walaupun tidak dibolehkan talak. Ini semua tidak terlepas daripada pandangan ulama dan saya minta elok diperhalusi semula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-53 bertemakan 'Bertegas Prinsip Perjuangan' di IOI Palm Villa and Golf Resort di sini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana