Gambar 300 penduduk Gombak himpun sokong Sultan Selangor

KUALA LUMPUR - Seramai 300 penduduk sekitar Gombak hari ini mengadakan perhimpunan secara aman bagi menyatakan sokongan terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu jawatan Menteri Besar Selangor.

Perhimpunan di Dataran Taman Desa Minang, dekat sini itu diketuai Umno Bahagian Gombak dan disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Persatuan Inspirasi Melayu Gombak (Impak), Persatuan Penduduk Taman Desa Minang dan Persatuan Armada Malaiu (ulang: Malaiu) Malaysia.

Ketua Umno Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamaruddin berkata perhimpunan itu bertujuan menzahirkan iltizam dan semangat untuk terus mempertahan institusi raja supaya tiada pihak sewenang-wenang berani memperlekeh institusi tersebut.

"Jangan sesekali salah guna hak untuk bersuara kerana dalam demokrasi ada suara tertentu yang perlu dihadkan demi menjaga keharmonian dan keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan itu.

Menyifatkan individu memperlekeh institusi diraja sebagai pengkhianat, Abdul Rahim berkata rakyat harus menghormati institusi itu yang telah wujud ratusan tahun. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana