Enam Tahun Anwar Jadi 'Perdana Menteri'

KUALA LUMPUR 15 Sept - 16 September merupakan tarikh keramat bagi Malaysia sebagai ulang tahun kemasukan Sarawak dan Sabah bersama Tanah melayu untuk membentuk Malaysia yang wujud kini.

Namun bagi arena politik tempatan, 16 September diibaratkan sebagai hari mengingati kegagalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menumbangkan kerjaaan Barisan Nasional (BN) sepertimana yang dinyatakannya dalam temubual bersama Al Jazeera.

"Kita ada jumlah yang mencukupi. Saya rasa kami (Pakatan Rakyat) akan mendapat majoriti mudah (di Parlimen).

"Ini adalah penting di mana ianya merupakan kejayaan negara.

"Pada 16 September (2008) kami dijangka membuat satu perubahan besar dan dramatik untuk negara ini," ujarnya.

Pada hari kejadian, tiada perubahan pentadbiran berlaku dan BN kekal pemerintah negara dengan kuasa majoriti parlimen tetap milik perikatan.

Walaubagaimanapun Anwar pada hari tersebut tetap mempertahankan akan berlaku perubahan kuasa pada penghujung hari.

"Kita berikannya dalam beberapa jam lagi. Anda akan lihat perubahannya. Saya tidak bergurau.

"Pagi ini (16 September) saya menerima satu nota yang ditandatangani (Ahli Parlimen BN) menjadikan jumlahnya semakin meningkat," katanya.

Ketua Pembangkang itu kemudiannya mengalih perhatian dengan menyatakan '16 September' telah berjaya ekoran telah mendapat sokongan ahli parlimen BN sungguhpun belum berikrar menyokong PR.

"Siapa kata tak jadi 16 September? Kita dah ada jumlah dan itu permulaan yang penting. Nak jadi kesabaran kita, ketabahan kita, istiqamah kita dalam perjuangan.

Namun kini setelah hampir enam tahun, Anwar tetap gagal menjadi perdana menteri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana