Bukan Pemuda Cetus Krisis, Mungkin 'Abang' PAS

BATU PAHAT 20 Sept - Dewan Pemuda PAS menegaskan krisis yang melanda Pakatan Rakyat (PR) termasuk politik dalaman bukan berpunca daripada sayap pemuda parti.

Ketuanya, Suhaizan Kaiat berkata, sayap pemuda hanya bertindak apabila 'abang-abang' PAS mencetuskan konflik yang menggegarkan parti.

"Abang-abang (PAS) lama ini matang boleh menyesuaikan diri (dalam krisis).

"Tapi yang muda ini tak boleh nak kawal. Macam-macam boleh berlaku," katanya ketika sesi pergulungan Muktamar PAS kali ke-60, di sini, hari ini.

Beliau yang memberi contoh krisis terkini termasuk pengumuman Kajang Move sehingga krisis Menteri Besar Selangor yang terpalit kepada Pemuda PAS menegaskan ianya bukan berpunca dari sayap kanan parti itu.

"Dalam isu tidak selari dengan Presiden (PAS) bukan dari Pemuda. Mungkin abang-abang kita yang buat.

"Yang menggelar munafiq dan macam-macam lagi gelaran juga bukan dari Pemuda. Mungkin abang-abang kita yang buat," ujarnya.

Katanya, PAS perlu menyelesaikan perkara ini sebaik mungkin ekoran impak paling besar sekiranya konflik ini berterusan adalah Pemuda PAS sendiri.

Tambahnya, pemimpin atasan parti juga perlu lebih matang dalam menguruskan konflik supaya pengorbanan ahli diperingkat akar umbi tidak sia-sia.

"Dengan pengorbanan (akar umbi) yang besar ini, tiba-tiba kita (pemimpin) bergaduh tak henti. Cuba bayangkan apa perasaan mereka berkorban ini lihat pemimpin tak boleh selesaikan masalah.

"Ingat pengorbanan mereka yang dibawah ini berkorban tiba-tiba lihat pemimpin ini pantang tersilap sedikit. Sampai satu hari tu saya nak termuntah membaca Whatsapp hingga jam 2 pagi mengganggu ketenteraman di hujung 10 Ramadhan terakgir dengan kata yang kesat dan bongok," tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana