Apa sebenarnya PAS ini...?

Pemimpin PAS yang mahu menjadikan kemenangan Recep Tayyip Erdogan dan Jokowi Widodo sebagai model perjuangan ditempelek oleh wakil Dewan Ulamak PAS Pusat dalam perbahasan pada Jumaat.
“Bila Erdogan menang di Turki, kita mahu jadi Erdogan. Bila PKS menang di Indonesia, kita jadi PKS. Bila Jokowi menang kita nak jadi Jokowi. Apa sebenarnya sikap kita?” katanya.

Sebaliknya, Mokhtar Senik berkata, PAS berpegang kepada al-Quran, sunnah, ijtimak dan qisas sebagai dasar perjuangan.

“Sebahagian pimpinan kita, walaupun menyebut mereka PAS, dasar mereka al-Quran, sunnah, ijtimak dan qisas tetapi kadang-kadang lebih gemar, lebih terliur pada seruan lain selain Islam,” katanya.

Beliau berkata, tiada jalan pintas bagi sebuah kemenangan hakiki selainkan perjuangan Islam walaupun sesetengah berpendapat ia mungkin melambatkan kemenangan PAS.

“Mahu kita menegaskan, walau seribu tahun lagi kemenangan itu, kita tetap bersama dalam perjuangan itu.

“Kita tetap pertahankan aqidah perjuangan dan dasar ini supaya tidak terlencong dari jalan Allah,” katanya.

Dalam masa yang sama Dewan Ulamak melahirkan rasa kesal dengan pelbagai tuduhan yang dilontarkan kepada mereka sejak akhir-akhir ini.

Menurut Mokhtar ulamak terbuka untuk menerima apa-apa teguran daripada sesiapa sahaja tetapi bukan untuk dihina.

"Ini tidak, mula-mula angkat ulamak kemudian mereka pukul ulamak. Ini sikap apa? Kalau kita dalam PAS tidak mendukung kepimpinan ulamak, siapa lagi?

"Ulamak dituduh bermacam-macam, kalau senyap mereka kata ulamak jumud, kalau ulamak bercakap mereka kata ulama tidak sabar, kalau jawab kata ulamak melenting, kita hendak betulkan perkara ini," katanya.

Beliau juga menafikan kepimpinan Dewan Ulamak tidak turun padang sedangkan mereka terlibat dengan beberapa program dan aktiviti antaranya perhimpunan aman Bersih, membantah dasar kerajaan, hadir di mahkamah dan lain-lain.

"Ulamak memang turun, turun ke dalam kubur uruskan jenazah, bagitu juga dalam siri demonstrasi ulamak juga hadir dan di mahakmah juga kami datang. Semua ulamak turun tetapi masih lagi tuduh dan padang rendah pada ulamak," ujarnya.

Justeru itu, jelasnya Dewan Ulamak mahu memperbetulkan semula pandangan ahli PAS kepada dewan itu bahawa mereka boleh ditegur tetapi bukan dihina.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana