Anwar Sudah Kelam Kabut MB Selangor Akan Dedah Fail Fail Kepada SPRM...

Apabila Khalid Ibrahim memberitahu, dia akan menyerahkan fail-fail pemimpin Pakatan Rakyat kepada SPRM, sekaligus turut memberikan isyarat bahawa fail-fail tersebut turut mempunyai salinan dan dipercayai diserahkan kepada DYMM Sultan Selangor.

Sudah tentu baginda tidak akan melantik calon-calon dari PKR yang fail-fail mereka mencatatkan kecacatan serta penyelewengan yang dilakukan sepanjang mereka bergelar Exco mahupun ADUN Negeri Selangor atau Ahli Lembaga Pengarah GLC Selangor.

Apatah lagi DYMM Sultan Selangor sendiri telah menyatakan bahawa Selangor tidak memerlukan Menteri Besar yang dikawal dari jauh atau boneka kepada orang-orang tertentu sepertimana Wan Azizah dikawal oleh Anwar Ibrahim sehinggakan setiap tutur kata dan kenyataannya pun, Anwar Ibrahim yang karangkan.

Azmin Ali, failnya sudah pasti menimbun. Pemecatannya daripada Lembaga Pengarah PKNS sudah cukup untuk dijadikan bukti. Belum lagi membabitkan pelbagai projek seperti Detum Jelatek, tanah Kerajaan Negeri yang dijual kepada Tropicana dan skandal tanah itu dengan Eco-World serta beberapa kes penyelewengan yang lain.

Begitu juga dengan projek-projek dengan PBT selain program-program kebajikan Kerajaan Negeri Selangor yang tidak sampai kepada sasaran sehingga menjadikan Kerajaan Negeri Selangor dilihat sebagai penyeleweng.

Belum lagi projek pasir dan mineral. Belum lagi duit peruntukan tampal dan selenggara jalanraya. Belum lagi projek sampah mahupun parit dan longkang. Malahan duit untuk warga tua dan warga emas juga mencatatkan bilangan nama ADUN-ADUN dan Exco dari PKR yang melakukan penyelewengan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana