ANWAR SINDIR HADI, KAU KATA ISTERI SAYA TAK MAMPU, TAPI KAMU GAGAL DI TERENGGANU

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah menyindir PAS apabila mendakwa pencalonan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya sekadar memilih Menteri Besar Selangor dan bukannya Khalifah umat Islam sedunia.

Anwar turut bertanyakan PAS adakah menolak Wan Azizah sebagai MB Selangor disebabkan faktor wanita.“Tetapi saya tidak setuju kalau ini dianggap sikap rasmi PAS. Sikap PAS secara rasmi masih bertahan mahu dalam Pakatan Rakyat (keputusan yang dibuat pada 17 Ogos). Walaupun apa-apa kenyataan (kemudiannya) bercanggah dengan keputusan awal.

“Sebab itu, saya tegur, apa betul kata alasan, ini sebab wanita (tidak boleh jadi MB Selangor)..
“Tetapi, kalau betul bagitahu, kita boleh jawab kerana saya juga ada rujuk..saya kata ini, Al Maududi sebut begini, Qardhawi sebut begini, badan ulamak Indonesia sebut begini…Dan bukan bererti (untuk pilih) amarul mukminin.. bukan.. bukan (pilih) khalifah umat Islam sedunia, tidak… (hanya untuk pilih) Menteri Besar Selangor,”katanya dalam program Centre For Reform Democracy dan Social Initiative, Puchong, Selangor, 30 Ogos.

Sindiran Anwar itu seolah-olah ditujukan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana Harakahdaily melaporkan Presiden PAS itu dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia pada 23 Ogos lalu.

Perlantikan Abdul Hadi dibuat pengerusi kesatuan itu, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengekalkan jawatannya untuk kali keempat berturut-turut.
Dalam masa sama, Anwar turut mengkritik tindakan mencalonan tiga nama untuk calon MB Selangor.

“Tapi kalau kita bimbang kerana mungkin Tuanku tak setuju, kena sebut tiga nama. Saya jawab, ini soal prinsip.

“Kalau-kalau kita buat sebagai pendahuluan (precedent), election akan datang, Perdana Menteri (mesti calon) tiga nama, Menteri Besar Kelantan tiga nama, Menteri Besar Kedah keenam…” katanya lagi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana