AMK kesal kenyataan Abdul Hadi terhadap Wan Azizah ..Orang Sudah Meluat Dengan PKR?

KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) kesal dengan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa bahawa  Presiden PKr, Datuk Seri Dr Wan Azizah wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kenyataan Abdul Hadi yang mendakwa Wan Azizah tidak berkebolehan sangat tidak wajar.

"AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

BERIKUT KENYATAAN PENUH NIK NAZMI


KESAL SIKAP TUAN GURU DATO’ SERI HAJI HADI AWANG

Angkatan Muda KEADILAN Malaysia kesal dengan kenyataan Presiden PAS Dato’ Seri Haji Hadi Awang yang mendakwa bahawa Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Setelah PAS bermesyuarat secara berasingan, dan kemudian bersama dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, dimana nama Dr. Wan Azizah dikemukakan dalam kedua-dua proses ini, kenyataan Tuan Guru Haji Hadi Awang yang mendakwa Presiden KEADILAN sebagai tidak berkebolehan sangat tidak wajar.

AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan.

Dr. Wan Azizah telah memimpin KEADILAN sejak 1999, danpernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pada tahun 2008 yang turut diiktiraf Presiden PAS. Beliau telah mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang telah memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.

Saya menggesa Presiden PAS agar menghormati keputusan pimpinan pusat PAS dan Majlis Pimpinan Pakatan dan menarik balik kenyataan beliau yang telah mendakwa Presiden KEADILAN sebagai tidak berkebolehan. Kenyataan itu amat tidak kena dalam semangat setiakawan Pakatan apatah lagi dikeluarkan daripada Presiden sebuah parti komponen kepada Presiden parti komponen yang lain.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

NIK NAZMI NIK AHMAD
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/amk-kesal-kenyataan-abdul-hadi-terhadap-wan-azizah-43447?cp

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL