AMK Desak Hadi Awang Tarik Balik Serangan terhadap Wan Azizah

SHAH ALAM, 7 Sept - Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Ahad meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataannya yang mendakwa Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berkebolehan untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Menurut ketua AMK Nik Nazmi Nik Ahmad, kenyataan itu dilihat tidak mencerminkan semangat setiakawan dalam Pakatan Rakyat, apatah lagi ia daripada presiden sebuah parti komponen kepada presiden parti komponen yang lain.

"AMK Malaysia percaya mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada kemungkinan kelemahan dan ini seharusnya menjadikan mereka lebih demokratik dan tidak meminggirkan kepentingan untuk sama-sama berganding bahu dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Katanya lagi, Presiden Parti Keadilan Rakyat Dr Wan Azizah telah memimpin PKR sejak 1999, dan pernah diangkat sebagai Ketua Pembangkang pada tahun 2008.

"Beliau telah mencipta sejarah membina gagasan parti politik pelbagai kaum paling berjaya dalam sejarah negara yang telah memberi peluang kepada begitu ramai wanita turut serta sebagai pemimpin di pelbagai peringkat.

P/S: PAS bukan bodoh - Hadi Awang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana