Admin Respect Pada Nicol.....Sukan Asia : Nicol Gondol Enam Pingat Emas

INCHEON 27 Sept - Kejayaan membantu skuad skuasy wanita negara meraih emas dalam acara berpasukan, hari ini membolehkan ratu skuasy, Datuk Nicol David menambah koleksi keseluruhan pingat emasnya di temasya Sukan Asia kepada enam.

Selepas cemerlang mengungguli acara individu sebelum ini, Nicol terus memperaga aksi konsisten membantu skuad berpasukan negara menewaskan India 2-0 pada aksi final berpasukan edisi ke-17 Sukan Asia di Korea Selatan itu.

Ia bukan saja emas keduanya di Incheon, malah pingat emas keenam secara keseluruhan pada temasya empat tahun sekali itu sejak kali pertama memenanginya pada edisi 1998 di Bangkok, Thailand.

Mengakui amat berbangga dengan pencapaian itu, Nicol berkata semua pemain yang berada dalam skuad kali ini sudah berusaha sebaik mungkin untuk melakar kejayaan gemilang itu.

"Saya begitu berbangga untuk berada bersama-sama pasukan skuasy yang baru saja memenangi emas kedua buat kontinjen negara di Sukan Asia. Kemenangan pingat emas berturut-turut ini tidak mudah dan pasukan berjaya bekerjasama dan saya begitu berbangga.

"Kami semua sudah berlatih bersungguh-sungguh untuk perlawanan ini," kata Nicol.

Koleksi enam pingat emas itu meletakkan Nicol sebaris dengan dengan legenda olahraga negara, Tan Sri Dr M. Jegathesan, Ng Boon Bee (badminton) dan Shalin Zulkifli (boling).

Nicol memenangi pingat emas pertama acara perseorangan di Bangkok pada tahun 1998, namun gagal mempertahankannya di Busan pada 2002 apabila tewas kepada pemain Hong Kong, Rebecca Chiu dalam perlawanan akhir.

Nicol kemudian bangkit untuk merangkul emas di Doha pada tahun 2006 dan di Guangzhou pada tahun 2010.

Pungutan pingat emas Nicol seterusnya diperoleh dalam acara berpasukan yang diperkenalkan buat pertama kali di Guangzhou.

Selain Nicol, skuad skuasy berpasukan wanita negara turut dibarisi Low Wee Wern, Delia Arnold dan Vanessa Raj.

Kemenangan itu juga membolehkan kontinjen Malaysia menambah pungutan pingat emas ketiga di Sukan Asia Incheon.

Pemain ketiga Malaysia, Delia bermula baik dengan menewaskan Ananka Alankamony 11-9, 12-10 dan 11-2 dalam perlawanan sengit 43 minit.

Dan pemenang pingat emas individu wanita, Nicol terus mempamerkan prestasi mengagumkan ketika bertemu Dipika Rebecca Pallikal sekali gus merangkul mata kemenangan buat negara dengan kemenangan 11-7, 11-6 dan 11-3.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana