ZURAIDA KAMARUDDIN BONGKAK DAN SYOK SENDIRI

Shah Alam, 25 Aug - Kenyataan dari Ketua Wanita PKR yang yakin mampu menyapu bersih seluruh kerusi DUN Selangor seandainya Pilihanraya Negeri diadakan dilihat sebagai kenyataan yang amat bongkak dan syok sendiri. Zuraida Kamaruddin menyifatkan PKR mampu mendapat sokongan seratus peratus dari seluruh rakyat Selangor sekiranya DUN dibubarkan.

Dengan menyalahkan UMNO sebagai punca kepada pembubaran DUN di negeri Selangor, beliau mendakwa kononnya UMNO akan kehilangan semua kerusi DUN jika Pilihanraya Negeri diadakan kerana beliau yakin rakyat Selangor akan tetap menyokong PKR walaupun PKR yang sebenarnya menjadi punca kepada perebutan kuasa kerusi Menteri Besar Selangor itu.

"Kenapa nak bubar? Isu bubar tidak mungkin (berlaku) dan satu perkara yang mengarut. Dan perkara ini memalukan rakyat negeri Selangor dan meningkatkan kemarahan rakyat Selangor.

"Dan kalau nak pilihan raya negeri, UMNO perlu bersedia untuk 56-0 (kerusi DUN).

"Sekiranya terjadi (pilihan raya negeri), rakyat akan memberontak dan UMNO akan sifar di Selangor," katanya.

Bagaimanapun dihadapan seluruh perwakilan Wanita PKR, Zuraida menegaskan bahawa mustahil untuk membubarkan DUN Selangor ini kerana dakwa beliau Presiden PKR, Wan Azizah telah mendapat sokongan majoriti dari ADUN. Mungkin Zuraida mahu membodek Wan Azizah tetapi kenyataan beliau mampu membuatkan rakyat muak dan sekaligus menolak PKR jika betul Pilihanraya Negeri diadakan di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana