Wan Azizah nak tunjuk power...dakwa 30 ADUN sokongnya...desak Khalid letak jawatan

Krisis jawatan Menteri Besar Selangor berputar ligat. Setelah Tan Sri Khalid Ibrahim Rabu adakan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri bersama empat Exco PAS...tengahari Khamis Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula lancar tindak balas.
Presiden PKR yang dinamakan oleh partinya sebagai penganti Menteri Besar telah menghimpunkan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor di sebuah hotel di Subang Jaya untuk membuktikan majoriti memihak padanya.

Selain 15 ADUN DAP,13 ADUN PKR...dua orang ADUN PAS Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib). Ini menjadikan jumlahnya 30.

Kehadiran dua ADUN PAS itu nyata melanggar keputusan Majlis Syura Ulama PAS dan pendirian Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat serta Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang yang mahu Khalid kekal Menteri Besar.

Di pihak Khalid pula kini ada beliau sebagai ADUN Bebas,13 PAS dan 12 UMNO, jumlahnya 26.

Dalam sidang akhbar itu Wan Azizah memberitahu jam 11.30 pagi ini beliau telah menulis surat kepada Sultan Selangor memohon mengadap untuk persembahkan sokongan majoriti itu.

Dakwanya semua 30 ADUN yang hadir ada tandatangani surat sumpah sebagai tanda sokongan.

Serentak dengan itu beliau mendesak agar Khalid segera letak jawatan kerana dakwanya sudah hilang sokongan majoriti.

Mengenai siapa yang mereka hendak calonkan sebagai Menteri Besar, Wan Azizah memberitahu hanya nama beliau dipersetujui PKR Selangor.

Menjawab soalan sama ada nama lain akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor sekiranya namanya dikatakan tidak mendapat sokongan PAS, Wan Azizah berkata, ” Biar istana jawab dahulu" (sekiranya nama beliau ditolak.)

Beliau mendakwa semua 30 ADUN yang hadir sokong beliau pegang jawatan Menteri Besar.

SEMENTARA ITU dalam reaksi segera menerusi twitternya, Khalid tampil cool saja dengan perkembangan terbaru itu.

Katanya : "Saya maklum tentang pengumuman Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Negeri Selangor.


Sungguhpun begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor akan berjalan seperti biasa."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana