Video wartawan dipenggal tersebar

Satu klip video menunjukkan seorang wartawan dari Amerika Syarikat, James Foley dipenggal dipercayai oleh pihak militan.

Foley, sebelum ini dilaporkan hilang di Syria sejak dua tahun lalu manakala seorang lagi wartawan AS juga dikatakan akan menerima nasib yang sama bergantung kepada tindakan tentera AS di Iraq.
Video bertajuk “A Message to America” dimuat naik di media sosial. Bagaimanapun ketulenan video terbabit masih belum dapat disahkan.

Foley yang bertugas di Timur Tengah sejak lima tahun lalu diculik pada 22 November 2012 oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Sementara itu, seorang lagi wartawan, Steven Sotlof yang muncul di babak terakhir rakaman klip video terbabit dilaporkan hilang di Utara Syria pada Julai 2013.

Sementara tiu, ahli keluarga Foley melalui laman sosial twitter berkata; “Kami tahu semua sedang menunggu pengesahan atau jawapan, Harap bersabar sehingga kami mendapat maklumat selanjutnya. Teruskan berdoa untuk Foley.”
Dalam pada itu, jurucakap White House berkata pihak risikan AS kini sedang berusaha untuk mengesahkan ketulenan klip terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana