TERKINI KEPUTUSAN MESYUARAT TERGEMPAR KIT SIANG ARAHKAN PAS TIDAK HADIR MESYUARAT EXCO ESOK

Siapa DAP ni....untuk menghalang PAS hadir mesyuarat EXCO negeri selangor..?

Lim Kit Siang mewakili Pakatan Rakyat meminta semua exco PAS di Selangor supaya tidak menghadiri mesyuarat Exco yang akan diadakan pada Rabu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, permintaan itu dibuat bagi menunjukkan bantahan dan solidariti Pakatan Rakyat terhadap tindakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat enam exco PKR dan DAP pada Selasa.

"Saya merasakan pemecatan ini adalah tidak beretika, tidak menghormati prinsip dan semangat demokrasi yang membelakangkan rakyat dengan mandat yang diberi.

"Saya sudah menghubungi dan mengarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali supaya meminta beliau sampaikan kepada 4 orang exco Pas supaya tidak hadir mesyuarat exco esok (Rabu)," kata Lim pada sidang media sebentar tadi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana