Tahniah PAS.....PAS Tidak Hadir Mesyuarat Tergempar PR

Wakil PAS tidak hadir dalam mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat (PR) di ibu pejabat PKR malam ini bagi membincangkan krisis menteri besar Selangor.

Menurut Mstar mesyuarat itu diadakan berikutan keputusan mengejutkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat enam exco kerajaan negeri seperti yang diumumkan petang Selasa.

“Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah pemimpin terawal hadir ke Ibu Pejabat PKR, kira-kira pukul 7.55 malam.

“Pemimpin lain yang menyusul termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” lapor portal itu.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan pada pukul 8.30 malam tetapi sehingga kini mesyuarat masih lagi berlangsung.

Bagaimanapun, petugas media masih memenuhi pekarangan ibu pejabat PKR untuk menantikan sebarang pengumuman penting susulan tindakan drastik Khalid itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan hari ini berkata PR sepatutnya mendahului apa yang akan berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang dan bukannya menunggu keputusan mesyuarat PAS pada pada 17 Ogos ini.
                                       Yang ada Mangkuk ayung ini saja...hu hu hu

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti bertindak dengan segera dan tegas dan tidak menutup sebelah mata dalam perkembangan krisis menteri besar Selangor ketika masa adalah amat penting, membolehkan apa yang mungkin berlaku dalam tempoh 24 jam akan datang mendahului bukan sahaja mesyuarat kepimpinan PAS pada 17 Ogos tetapi menentukan survival Pakatan Rakyat,”katanya.

Kit Siang tidak menolak kemungkinan berlakunya pembubaran Pakatan adalah disebabkan oleh kenyataan tertentu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengumumkan pada Isnin bahawa wakil rakyat Barisan Nasional Selangor akan menyokong Khalid sekiranya usul tidak percaya dibentangkan di Dewan Undangan Negeri.

Kit Siang berkata, kempen itu akan mendapat kekuatan dengan sokongan terbuka sesetengah pihak untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan” UMNO-PAS.

Beliau menggesa para pemimpin Pakatan untuk bertindak dengan segera dengan mengambil kira krisis semasa menteri besar itu.

Gesaan sama turut dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang berkata, PAS tidak boleh lagi menangguhkan keputusannya dan harus mengisytiharkan sama ada parti itu bersama PR atau bersama UMNO untuk mendukung Khalid.

Katanya, dengan terus menangguhkan menyatakan pendiriannya, ia seolah-olah tidak mengambil kira tanggungjawab terhadap mandat rakyat Selangor yang memberikan PAS sebanyak 15 kerusi Dewan Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Guan Eng berkata jika PAS menyebelahi Khalid dan bukannya Presiden PKR, Wan Azizah , tindakan itu akan mendorong ke arah perpecahan Pakatan.

“Jika PAS enggan merestui pertukaran menteri besar Selangor, dengan menggantikan Khalid dengan pilihan PKR Wan Azizah, ia akan segera memecahkan dan menamatkan Pakatan, di Selangor dan di peringkat nasional,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana